LIMA (Peru), 16 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia tetap konsisten dengan pendiriannya terhadap isu Israel dan Palestin, menekankan bahawa Putrajaya tidak pernah mengiktiraf kewujudan negara Israel secara diplomatik.