SHAH ALAM, 17 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir, angin kencang melanda daerah Klang, Kuala Langat dan Sepang serta Melaka sehingga 10 pagi ini.
Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, keadaan sama dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.
MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.



