Wang tunai berjumlah hampir RM170 juta yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dipercayai milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini secara rasmi menjadi hak kerajaan serta telah dimasukkan ke akaun kerajaan.
1,602 permohonan untuk menurunkan kandungan penipuan berasaskan AI dikemukakan MCMC, namun hanya 1,346 kandungan diturunkan
Pegawai perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Queen Elizabeth (HQE) memberitahu Mahkamah Koroner bahawa tiada kesan lebam atau tanda penderaan ditemukan pada tubuh Allahyarham Zara Qairina Mahathir ketika menerima remaja itu untuk pemeriksaan pada 16 Julai lalu.
Usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara tidak akan ke mana jika hanya bersandar kepada kekuatan ekonomi semata-mata, sebaliknya mesti digerakkan seiring dengan tadbir urus yang baik serta tindakan berterusan membanteras ketirisan dan rasuah, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas sepucuk pistol bersama 36 butir peluru dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Kampung Sireh, Kampung Paloh, Pintu Geng, Kota Bharu pagi Sabtu lalu.
Lelaki warga asing ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel di kawasan Litar Go-Kart, Jalan Padang Keladi, Durian Tunggal di sini semalam.
Sebuah kapal utama Global Sumud Flotilla (GSF) yang dikenali sebagai “Family Boat” dilaporkan terkena serangan dipercayai dron di perairan Tunisia, kata penganjur lewat Isnin.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini, meneruskan peningkatan susulan penurunan mata wang Amerika Syarikat (AS) dalam persekitaran jangkaan bahawa AS akan menaikkan kadar faedahnya.
Tumpuan Harimau Malaya kini beralih kepada persiapan kelayakan Piala Asia AFC dan pemain perlu konsisten menjelang Oktober.
Lelaki berusia lingkungan 70-an baru-baru ini diselamatkan daripada lif rosak di utara Jerman selepas terperangkap selama empat hari tanpa makanan, air atau cara untuk meminta bantuan, menurut polis semalam, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Polis menahan empat lelaki termasuk seorang pelajar sekolah menengah dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di sekitar bandar raya Johor Bahru Sabtu lalu.
Malaysia berjaya menundukkan pasukan dalam kelompok 100 terbaik dunia apabila mencatat kemenangan 1-0 ke atas Palestin pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam ini
Pegawai perhubungan awam bagi anak syarikat Kerajaan Negeri, jabatan, agensi serta pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor perlu lebih responsif dan kreatif dalam memberikan maklum balas serta menyampaikan dasar kerajaan kepada rakyat
Dewan Negara hari ini meluluskan lima Rang Undang-Undang (RUU) termasuk tiga di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
China memuji penglibatan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Tianjin minggu lalu, kata Duta Besar Fan Xianrong yang bertanggungjawab bagi penyelarasan antarabangsa SCO
Pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia Malaysia memberitahu kepada Mahkamah Koroner di sini bahawa beliau tidak merujuk satu nota yang ditulis pada sekeping kertas oleh Allahyarham Zara Qairina Mahathir, mengenai ibunya kepada pakar psikiatri untuk penilaian
Kawasan hutan simpan seluas satu ekar (0.4 hektar) berhampiran Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong dekat sini terbakar petang tadi
Presiden Indonesia Prabowo Subianto pada Isnin melakukan rombakan Kabinet melibatkan lima kementerian utama, termasuk Kementerian Kewangan serta Kementerian Penyelaras Hal Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos Jr. hari ini membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala serta mempererat kerjasama serantau di bawah kerangka ASEAN
Hasrat skuad hoki wanita kebangsaan untuk mara ke pusingan ‘Super 4s’ Kejohanan Hoki Piala Asia Wanita 2025 di Hangzhou, China, terkubur selepas dibelasah juara tiga kali, Korea Selatan 0-5 pada aksi terakhir Kumpulan A, hari ini
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.