Pemandu lori mengaku tidak bersalah memandu melulu sebabkan kematian dua beranak

18 Ogos 2026, 3:22 AM
Pemandu lori mengaku tidak bersalah memandu melulu sebabkan kematian dua beranak
Pemandu lori mengaku tidak bersalah memandu melulu sebabkan kematian dua beranak

TEMERLOH, 18 OGOS: Seorang pemandu lori tangki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian dua beranak di Kilometer 9 Jalan Temerloh-Triang, di sini, Jumaat lepas. 

Pengakuan Nor Azlan Mahayudin, 37, direkodkan di hadapan Majistret Anis Adlina Abu Johan.

Nor Azlan didakwa memandu lori tangki secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Nur Fatima Syuhada Abdullah, 39, dan Muhamad Fattah Aisy Nuafal Saifulnizam,12, di lokasi itu kira-kira 4 petang 14 Ogos.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amal Razim Alias manakala lelaki itu diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Mazieera Sharifudin. 

Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 bagi dua pertuduhan itu dan menetapkan sebutan semula kes pada 1 Okt.

Pada Jumaat lepas, Nur Fatima Syuhada dan Muhamad Fattah Aisy Nuafal maut selepas kereta mereka dihempap lori tangki dengan muatan 32,000 liter bahan api. 

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.