Lima kedai musnah terbakar, letupan bunga api cetus perhatian

17 Ogos 2026, 9:23 AM

SHAH ALAM, 17 OGOS: Lima kedai musnah dalam kebakaran yang turut disusuli letupan bunga api berdekatan sebuah kolam memancing di Taman Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, dekat sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 5.38 pagi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.

“Kebakaran membabitkan lima kedai sederet yang setiap unit musnah kira-kira 80 peratus selain tidak melibatkan mangsa.

“Premis yang terlibat ialah bengkel kimpalan dan motosikal, kedai makan, kedai servis penyaman udara serta kedai membaiki peti ais,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashrul berkata operasi melibatkan 19 anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dan BBP Klang Selatan itu berjaya dikawal pada 6.40 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey berkata siasatan awal tidak menemukan sebarang unsur jenayah, manakala bunga api terbabit dipercayai stok lama.

“Kebakaran tidak melibatkan stor bunga api, hanya satu kotak kecil yang disimpan masa musim perayaan lepas,” katanya.

Rakaman video kejadian itu turut tular sehingga menarik perhatian ramai.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.