Media Selangor raih dua anugerah pada Anugerah Media MBPJ 2026

27 Jun 2026, 12:30 AM
Media Selangor raih dua anugerah pada Anugerah Media MBPJ 2026
Media Selangor raih dua anugerah pada Anugerah Media MBPJ 2026
Media Selangor raih dua anugerah pada Anugerah Media MBPJ 2026

KUALA LUMPUR, 27 JUN: Media Selangor mencipta kejayaan membanggakan apabila merangkul dua anugerah pada Majlis Anugerah Media Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 2026 di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur, malam tadi.

Kejayaan itu disumbangkan oleh wartawan, Mohamad Fitri Hazim Hazam, 36, dan Suhaila Shahrul Annuar, 37, yang masing-masing memenangi kategori berbeza sebagai pengiktirafan terhadap liputan dan penulisan berimpak kepada masyarakat.

Mohamad Fitri Hazim memenangi Anugerah Laporan Khas Terbaik Media Digital menerusi laporan bertajuk Sisa Jadi Sumber: PJ Eco Recycling Plaza Pacu Ekonomi Hijau Selangor yang mengetengahkan inisiatif kelestarian alam sekitar di Petaling Jaya.

Wartawan Media Selangor Mohamad Fitri Hazim Hazam ketika majlis Anugerah MBPJ 2026 di di Hotel M Resort, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Walaupun MBPJ melaksanakan pelbagai inisiatif untuk masyarakat, liputan terhadap usaha tersebut masih perlu diperkukuh agar dapat disampaikan dengan lebih meluas, cepat dan berkesan kepada rakyat di pelbagai peringkat.

“Kerjasama antara media, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan termasuk EXCO amat penting dalam memastikan setiap inisiatif dapat disampaikan dengan berkesan kepada masyarakat,” katanya kepada Media Selangor.

Manakala Suhaila yang meraih Anugerah Penerbitan Artikel Terbaik Bahasa Melayu menerusi artikel Pasar Jalan Othman: Dari Suram Ke Gemilang, Sasar Tarikan Rakyat, Pelancong berkata pengiktirafan itu menjadi suntikan semangat kepada pengamal media untuk terus menghasilkan laporan berkualiti.

“Media bukan sahaja berperanan sebagai penyampai maklumat malah menjadi mata dan telinga rakyat serta pengantara penting antara komuniti dan pihak berkuasa tempatan dalam menyampaikan isu, perkembangan serta maklumat semasa kepada masyarakat.

“Apabila hasil penulisan dihargai, ia memberi motivasi kepada kami untuk terus melaporkan berita yang lebih berimpak, berkualiti dan memberi manfaat kepada masyarakat secara menyeluruh,” tambahnya.

Wartawan Media Selangor Suhaila Shahrul Annuar ketika majlis Anugerah MBPJ 2026 di di Hotel M Resort, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Kedua-dua mereka membawa pulang wang tunai RM2,000 bagi kategori Laporan Khas dan RM1,000 bagi kategori Penerbitan Artikel Terbaik bersama trofi serta sijil penghargaan yang disampaikan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohamad Zahri Samingon.

Sementara itu, penerima Anugerah Penghargaan Anak Seni Petaling Jaya, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad berkata beliau terharu dengan pengiktirafan diberikan kerana perjalanan awal penglibatannya dalam industri hip hop banyak berkembang di sekitar Petaling Jaya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) Lembah Jaya berkata hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan media bersifat simbiotik apabila kedua-dua pihak saling memerlukan dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Datuk Bandar Petaling Jaya Dato' Mohamad Zahri Samingon menyampaikan penghargaan anak seni PJ kepada Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad ketika majlis Anugerah MBPJ 2026 di di Hotel M Resort, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Hubungan ini juga membuka ruang kepada PBT untuk mendekati pengamal media di luar kapasiti kerja formal, sekali gus memperluas jalinan komunikasi dan interaksi yang lebih erat antara kedua-dua pihak dalam pelbagai situasi.

“Perkara itu seterusnya turut mengeratkan lagi kerjasama sedia ada serta memperkukuh hubungan dua hala dengan konsisten dan berkesan antara kedua-dua pihak dalam usaha menyampaikan maklumat kepada masyarakat,” ujarnya.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.