MBPJ pendekkan kelulusan pelan pembangunan daripada 276 hari kepada 24 jam

24 Nov 2026, 3:40 AM
MBPJ pendekkan kelulusan pelan pembangunan daripada 276 hari kepada 24 jam

PETALING JAYA, 24 NOV: Tempoh kelulusan empat pelan pembangunan berskala kecil di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kini dipendekkan kepada 24 jam waktu bekerja menerusi Inisiatif PA24 Plus, berbanding sehingga 276 hari bekerja sebelum ini.

Inisiatif itu membolehkan kelulusan bagi empat jenis pelan pembangunan diproses secara serentak, iaitu Kebenaran Merancang, Pelan Kerja Tanah, Pelan Jalan dan Parit serta Pelan Bangunan.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Yazid Sairi, berkata pelaksanaan inisiatif berkenaan turut mengurangkan proses kerja daripada 43 kepada 10 langkah utama menerusi pematuhan kendiri perunding, penyeragaman dokumen serta semakan berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Tambahnya, pendekatan itu dianggarkan mampu menjimatkan kos pematuhan sebanyak RM6.51 juta setahun. 

“Dengan sasaran kelulusan dalam tempoh 24 jam bagi projek berskala kecil, pihak industri kini mempunyai kepastian masa untuk merancang jadual kerja dengan lebih teratur, mengurus kos dan memenuhi komitmen kepada pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran PA24 Plus di Hotel Crystal Crown, di sini, pada 18 November lalu.

Menurutnya, pelaksanaan inisiatif itu turut dijangka memendekkan tempoh keseluruhan pembinaan daripada 24 bulan kepada 15 bulan, selain meningkatkan ketelusan penilaian teknikal serta mengurangkan kos pematuhan.

Majlis pelancaran disempurnakan Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Dr. Mohamad Norjayadi Tamam, yang menyifatkan inisiatif itu sebagai manifestasi pelaksanaan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB).

Beliau berkata, PA24 Plus turut selari dengan pelaksanaan Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 (Akta 867) yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2025.

Norjayadi berkata, kecekapan penyampaian perkhidmatan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) penting dalam memperkukuh daya saing negara, susulan kedudukan Malaysia di tangga ke-15 daripada 70 ekonomi dalam IMD World Competitiveness Ranking (WCR) 2026 serta tempat keenam terbaik dunia

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.