ad
AGENSI

Pasar Jalan Othman: Dari suram ke gemilang, sasar tarikan rakyat, pelancong

12 Jul 2025, 2:00 AM
Pasar Jalan Othman: Dari suram ke gemilang, sasar tarikan rakyat, pelancong
Pasar Jalan Othman: Dari suram ke gemilang, sasar tarikan rakyat, pelancong
Pasar Jalan Othman: Dari suram ke gemilang, sasar tarikan rakyat, pelancong
Pasar Jalan Othman: Dari suram ke gemilang, sasar tarikan rakyat, pelancong
Pasar Jalan Othman: Dari suram ke gemilang, sasar tarikan rakyat, pelancong
Pasar Jalan Othman: Dari suram ke gemilang, sasar tarikan rakyat, pelancong
Pasar Jalan Othman: Dari suram ke gemilang, sasar tarikan rakyat, pelancong
Pasar Jalan Othman: Dari suram ke gemilang, sasar tarikan rakyat, pelancong
Pasar Jalan Othman: Dari suram ke gemilang, sasar tarikan rakyat, pelancong

PETALING JAYA, 12 JULAI: Pemulihan Kompleks Pasar Jalan Othman berkonsepkan ekosistem pelbagai guna berteras penyatuan komuniti berpotensi menarik lebih ramai pengunjung ke lokasi itu.

Namun, ia perlu seiring penambahbaikan kemudahan asas, khususnya penyediaan tempat parkir yang mencukupi, agar pertambahan pengunjung kelak, selari keselesaan dan keperluan mereka dan peniaga.

Peniaga barangan basah, Kamal Hashim, 45, berkata lebih 15 tahun berniaga di situ sebagai generasi kedua selepas mengambil alih perniagaan daripada ibunya, sudah pasti beliau mahu melihat pasar berkenaan terus dikunjungi dan meriah dengan pengunjung.

[caption id="attachment_709983" align="alignright" width="500"] Peniaga, Kamal Hashim, 45, ditemui di Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya pada 5 Julai 2025. Foto Hanafi Mohamed/MEDIASELANGOR[/caption]

“Saya setuju kalau buat pelbagai pembaharuan untuk tarik pengunjung, memang bagus contoh kemudahan sukan untuk tarik orang awam. Cuma mengenai tempat parkir untuk orang awam memang terhad, jadi perlu tambah,” katanya kepada Media Selangor.

Peniaga barangan antik, Sundara Bala Subramaniam, 52, berkata kemudahan infrastruktur lebih maju dan terkini dengan penerapan elemen baharu seperti kesenian dan ruang serbaguna mampu menjadikan lokasi itu tarikan pelancongan berasaskan komuniti.

[caption id="attachment_709982" align="alignleft" width="500"] Peniaga, Sundara Bala Subramaniam, 52, ditemui di Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya pada 5 Julai 2025. Foto Hanafi Mohamed/MEDIASELANGOR[/caption]

“Saya niaga barang antik hampir 35 tahun dan sudah empat bulan di sini. Sini ada potensi untuk dibangunkan dan perniagaan saya pun bagus di sini. Kalau boleh, di tingkat bawah boleh buat kedai dan tempatkan peniaga. Panggil pemuzik main di sini. Kalau ramai orang, berniaga pun ada sambutan,” katanya.

Bagi Tee Bee Ten, 67, yang sudah 14 tahun berniaga barangan keperluan rumah di pasar itu, pelan pemulihan dengan kemudahan lebih baik akan menghidupkan kembali suasana pasar itu yang dahulunya lebih meriah dengan pengunjung.

[caption id="attachment_709981" align="alignright" width="500"] Peniaga, Tee Bee Ten, 67, ditemui di Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya pada 5 Julai 2025. Foto Hanafi Mohamed/MEDIASELANGOR[/caption]

“Kita sambut baik sahaja semua perubahan yang ingin dilakukan. Keadaan pasar dulu semasa bapa saya berniaga lebih meriah dari sekarang. Tapi kalau ada cadangan pulihkan kepada lebih baik, kita sebagai peniaga setuju saja,” katanya.

Peniaga pakaian, Abdul Halim Salleh, 49 berkata sejak 30 tahun lalu, beliau mengikut bapanya berniaga di pasar berkenaan dan pelbagai perubahan positif dapat disaksikan, terutama daripada segi kemudahan dan prasarana yang lebih baik.

[caption id="attachment_709978" align="alignleft" width="508"] Peniaga, Abdul Halim Salleh, 49, ditemui di Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya pada 5 Julai 2025. Foto Hanafi Mohamed/MEDIASELANGOR[/caption]

Bagi pengunjung, S Bavanaselvan, 60, menjadi rutinnya mengunjungi pasar berkenaan setiap bulan bagi membeli barangan dapur serta keperluan rumah, beliau percaya usaha pemulihan yang dirancang mampu menghidupkan semula suasana meriah pasar tersebut seperti sebelum ini.

“Kawasan tingkat atas agak suram. Jika ditambah baik termasuk perkenalkan elemen seni seperti persembahan busking dan mural, ia pasti menjadi tarikan baharu yang menarik,” katanya.

[caption id="attachment_709979" align="alignright" width="500"] Pekerja swasta, S Bavanaselvan, 60, ditemui di Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya pada 5 Julai 2025. Foto Hanafi Mohamed/MEDIASELANGOR[/caption]

Bagi Ang Chee Meng, 67, beliau mengharapkan kemudahan asas paling mustahak seperti tempat parkir mencukupi diberi perhatian bagi memastikan keselesaan pengunjung dan peniaga di pasar itu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung memberitahu Pelan Pemulihan Pasar Jalan Othman akan dilaksanakan secara berfasa menerusi pendekatan berasaskan komuniti dalam usaha memastikan pembangunan kawasan bersejarah itu kekal inklusif, tersusun dan mampan.

[caption id="attachment_709980" align="alignleft" width="500"] Pengunjung, Ang Chee Meng, 67, ditemui di Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya pada 5 Julai 2025. Foto Hanafi Mohamed/MEDIASELANGOR[/caption]

Katanya inisiatif itu dirangka susulan sesi libat urus bersama wakil peniaga pada April lalu dan sesi meja bulat minggu lalu yang menghimpunkan lebih 30 peserta pelbagai latar belakang dengan pelbagai cadangan dikemukakan termasuk memperkenal ruang serbaguna, galeri pameran komuniti, bengkel seni serta ruang kolaborasi antara institusi pendidikan dan penduduk tempatan.

Selain itu, katanya konsep ekosistem pelbagai guna yang menyatukan elemen tradisional dan kontemporari mampu menarik pengunjung pelbagai lapisan, di samping memastikan kelestarian pasar jangka panjang.

[caption id="attachment_709984" align="aligncenter" width="1105"] Lukisan mural di Pasar Besar Jalan Othman, Petaling Jaya pada 5 Julai 2025. Foto HANAFI MOHAMED/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_709986" align="aligncenter" width="1127"] Antara kedai yang terdapat di Kompleks Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya pada 5 Julai 2025. Foto HANAFI MOHAMED/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.