MBPJ rancang transformasi kawasan perniagaan Seksyen 8 Petaling Jaya

15 Nov 2026, 1:00 PM
MBPJ rancang transformasi kawasan perniagaan Seksyen 8 Petaling Jaya
MBPJ rancang transformasi kawasan perniagaan Seksyen 8 Petaling Jaya
MBPJ rancang transformasi kawasan perniagaan Seksyen 8 Petaling Jaya
MBPJ rancang transformasi kawasan perniagaan Seksyen 8 Petaling Jaya

SHAH ALAM, 15 NOV: Kawasan perniagaan Seksyen 8, Petaling Jaya bakal diberi nafas baharu menerusi cadangan projek Placemaking @Section 8 oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Inisiatif itu bertujuan mewujudkan persekitaran bandar lebih menarik, selesa, selamat dan berdaya saing, selain merancakkan aktiviti ekonomi setempat.

MBPJ memaklumkan antara aspek yang diberi perhatian termasuk penambahbaikan laluan pejalan kaki, penyusunan parkir, akses trafik serta penyediaan landskap dengan mengambil kira keperluan reka bentuk sejagat (universal design) dan kelangsungan aktiviti ekonomi sedia ada.

“MBPJ komited memastikan setiap cadangan diteliti secara menyeluruh agar transformasi Seksyen 8 bukan sekadar memperindah kawasan, malah mampu merancakkan aktiviti ekonomi dan meningkatkan keselesaan serta keselamatan masyarakat setempat,” menurut pihak berkuasa tempatan itu menerusi Facebook.

Sebagai langkah awal, MBPJ mengadakan sesi libat urus bersama wakil penduduk, pemilik premis dan peniaga di Bilik Syarahan, Dewan Sivik MBPJ bagi membentangkan konsep cadangan projek serta mendapatkan pandangan dan maklum balas komuniti setempat.

Sesi berkenaan turut dihadiri Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ, TPr Mohd Bakri Salleh dan Ahli Majlis MBPJ Zon 14, S. Asogan.

Melalui pendekatan pembangunan berteraskan komuniti, MBPJ berharap cadangan transformasi itu dapat memenuhi keperluan pengguna kawasan berkenaan, termasuk penduduk, peniaga dan pengunjung.

Projek berkenaan masih pada peringkat cadangan dan setiap aspek pelaksanaannya akan diteliti bagi memastikan pembangunan ruang bandar memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.