ad

Gemilang 10 Tahun Hadiah Sastera Selangor

Gemilang 10 Tahun Hadiah Sastera Selangor

Tahun 2025 menandai ulang tahun ke-10 penganjuran Hadiah Sastera Selangor yang diperkenal Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari semasa menjadi EXCO kebudayaan pada 2015.

Dalam majlis penuh gemilang pada 12 September, seramai 36 pemenang kategori cerpen, sajak dan esei bagi tahun 2022, 2023 dan 2024 membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM94,500.

Pemenang utama menerima RM6,000 selain tiga hadiah penghargaan RM1,500 untuk setiap genre dalam satu-satu tahun. Penilaian juga melibatkan karya dari Dewan Bahasa dan Pustaka serta Tukang Puisi.

Selain penyampaian anugerah, sembilan buku sastera terjemahan terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) turut dilancarkan dalam program yang berlangsung meriah di Wyndham Acmar Klang.

Naskhah itu antaranya novel Perincian atau judul asal Minor Details tulisan Adania Shibli yang mengisahkan kezaliman tentera Israel yang memperkosa dan membunuh wanita Palestin.

Tetamu hadir dengan penuh semangat, mendaftar sebelum memasuki dewan bagi meraikan Majlis Hadiah Sastera Selangor di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada 11 September 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Reruai buku oleh Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) turut memeriahkan Majlis Hadiah Sastera Selangor di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada 11 September 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

Dari balik kamera, wartawan Media Selangor mengendalikan lintas langsung yang membawa suasana Majlis Hadiah Sastera Selangor terus ke layar penonton. Hotel Wyndham Acmar, Klang, 11 September 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

Kehadiran Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menyerikan Majlis Hadiah Sastera Selangor yang berlangsung di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada 11 September 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Persembahan komedi menceriakan suasana Majlis Hadiah Sastera Selangor di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada 11 September 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

Ucapan pembukaan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor, Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree membuka tirai Majlis Hadiah Sastera Selangor di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada 11 September 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

Lensa tetamu turut sibuk merakam momen berharga ketika Majlis Hadiah Sastera Selangor berlangsung di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada 11 September 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Ucapan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menyerikan Majlis Hadiah Sastera Selangor yang berlangsung di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada 11 September 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Pelancaran buku terbaharu IBDE disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari dalam Majlis Hadiah Sastera Selangor yang berlangsung di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada 11 September 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

Gelagat tetamu termasuk juri yang hadir menambah warna pada Majlis Hadiah Sastera Selangor di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada 11 September 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Pelancaran buku terbaharu IBDE disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari dalam Majlis Hadiah Sastera Selangor yang berlangsung di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada 11 September 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Dalam suasana penuh penghargaan, Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor, Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree bersama Tan Sri Johan Jaaffar, Pengerusi Lembaga Penasihat Editorial Media Selangor, menyampaikan hadiah penghargaan kepada penerima ketika Majlis Hadiah Sastera Selangor di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada 11 September 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

Wakil pemenang utama kategori cerpen 2022 menerima cek cura daripada Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari yang turut diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor, Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree pada Majlis Hadiah Sastera Selangor di Hotel Wyndham Acmar, Klang, 11 September 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

Detik manis pemenang utama kategori esei Qurratul Ain yang meraih kemenangan bagi tahun 2022 dan 2024 ketika bergambar bersama replika cek pada Majlis Hadiah Sastera Selangor di Hotel Wyndham Acmar, Klang, 11 September 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

Kumpulan Pitahati menutup tirai Majlis Hadiah Sastera Selangor dengan persembahan penuh memukau di Hotel Wyndham Acmar, Klang, 11 September 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.