Majlis penuh gemilang pada 12 September, seramai 36 pemenang kategori cerpen, sajak dan esei bagi tahun 2022, 2023 dan 2024 membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM94,500.
Muzium Negara menganjurkan Pameran Opera Cina (Kantonis) yang telah berjaya menarik lebih 10,000 pelawat sejak dibuka pada 8 Julai lalu.
EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Najwan Halimi (kanan) menyembur air kepada peserta Khatan Perdana pada Program Karnival Kesihatan DUN Kota Anggerik 2025 di Surau Al-Ansor, Seksyen 2, Shah Alam pada 02 Februari 2025.
Kakitangan MPKS, Hambali Mohd Rasat dan Fahmi Shamshudin menuang minyak masak terpakai yang dikumpul kariah Masjid Nurul Iman Kampung Ijok ketika lawatan kutipan berkala Majlis Perbandaran Kuala Selangor ke masjid berkenaan.
Pekerja kontraktor lantik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyiram tanaman landskap di sekitar Pusat Bandar Shah Alam pada 4 November 2024.
pelumba Pertamina Enduro VR46 Racing Team, M. Bezzecchi terbabas ketika sesi latihan MotoGP menerusi saingan Grand Prix Malaysia 2024 di Litar Antrabangsa Sepangpada 1 November 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM /MEDIA SELANGOR
Murid Tadika Ilmu kualiti Bandar Seri Coalfields, Sungai Buloh, dari pelbagai bangsa meraikan sambutan Deepavali di sekolah mereka pada 29 Oktober 2024.
Pemilik Aroi Food Frozen, Prateep Apimahamangkang dari Thailand bersama keluarga menunjukkan produk yang dijual ketika Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 18 OKtober 2024.
Usahawan menunjukkan Plak Dana Usahawan Madani Selangor 2024 ketika penyampaian plak tersebut dari EXCO Usahawan Najwan Halimi di Dewan Jubli Perak pada 11 Oktober 2024.
Pengunjung, Nusrah Alifah Ahmad memberi makan Ikan Kelah di Santuari Ikan Sungai Chiling Kuala Kubu Baru pada 8 Oktober 2024.
Sukarelawan Anis Adibah Anuar Alsadat,26 mengutip sampah di sekitar Kampung Bagan Sungai Yu melalui Program Rejuvenasi di Kampung Bagan Sungai Yu, Kuala Selangor pada 5 Oktober 2024.
Dari kiri, Nazhariliya Shuhada Ahmad Suhaimi, Qatira Qirranie Ahmad Zaihom dan Nazatul Natasha Abdul Razak menunjukkan produk sabun Do’zee keluaran bumiputra ketika Ekspo Usahawan Selangor SELBIZ 2024 di Setia City Convention Centre pada 4 Oktober 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD...
Kanak kanak mengikuti demo memadam kebakaran dari Bomba Sukarelawan Saujana Utama ketika Program Hillpark Comunity Fun Run 2024 di Surau Al Mauizhah Bandar Hillpark, Puncak Alam pada 29 September 2024.
Pekerja melakukan pemeriksaan pada papan iklan diod pancaran cahaya (LED) di Galeria Sentral, Seksyen 14, pada 25 September 2024.
Pengunjung beriadah bersama keluarga bersempena dengan cuti persekolahan di Taman Eko Rimba Kanching, Rawang pada 19 September 2024.
Sukarelawan, Mohamad Amri Abdullah , Mohamad Iman Irfan Iqbal Mubin dan Mohd Haiqal Akmal mengutip sampah ketika menyertai Program Kelestarian Alam Sekitar di Taman Eko Rimba Kanching, Rawang pada 15 September 2024.
Pengunjung beratur bagi mengambil peluang meninjau pesawat RP-C7701 Camaya Air ketika Pameran Udara Selangor (SAS) 2024 di Pusat Penerbangan Serantau (RAC) Skypark, Shah Alam pada 13 Septembar 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR
Pegawai Bomba Ahmad Zaidi Abdul halim memberi penerangan mengenai drone PGI Matrice 600 Pro yang digunakan untuk pemantauan udara mencari dan menyelamat di reruai jabatan Bomba dan Penyelamat ketika Pameran Udara Selangor (SAS) 2024 di Pusat Penerbangan Serantau (RAC) Skypark, Shah Alam pada 13 Septembar 2024.
Demostrasi menampal jalan menggunakan Jentera Baiki Jalan Jetpatcher Infrasel di Dataran Pahlawan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada 10 September 2024.
Malaysia muncul juara Pestabola Merdeka 2024 selepas menewaskan Lubnan 1-0 melalui Gol penentu dijaringkan oleh Romel Morales pada minit ke-33 ketika perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 8 September 2024.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.