Sebar luas karya popular ulama silam

19 Feb 2026, 1:00 PM
Sebar luas karya popular ulama silam

PETALING JAYA, 19 FEB: Penerbitan kitab terjemahan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) menerima sambutan hangat daripada pembaca ekoran beberapa judul mencatat jualan tinggi hingga perlu diulang cetak.

Menurut ketua pegawai eksekutifnya, sebahagian penerbitan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), kemudiannya Media Selangor Sdn Bhd, media rasmi Selangor.

Farhan Affandi berkata memberitahu penerbitan bukan terhad kepada kitab sahaja tetapi genre sejarah dan sastera membabitkan tokoh Islam terkenal dunia dari era silam hingga zaman moden.

Katanya, sebahagian kitab juga diterbit seiring keperluan Festival Turath Islami Selangor yang dijalankan sejak 2023 antaranya Kitab Tafsir al-Jalalain dan 40 Hadis Imam Nawawi.

Beliau menjelaskan IBDE juga giat menjalankan pengajian di Pusat Pengembangan Turath Nusantara Selangor (PETUNAS) dan mengadakan bedah buku di kafe, masjid dan kedai buku.

“Kita bukan sekadar menterjemah dan menerbitkan buku, tetapi mengangkatnya ke medan wacana melalui festival, forum dan siri bedah buku,” kata Farhan lagi.

Carta terlaris buku IBDE Feb 2026

Berikut enam kitab terjemahan terbitan IBDE paling laris:

1. Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal (125,000 naskhah)

  • tulisan Martin Lings atau Abu Bakar Sirajaddin yang memeluk Islam pada 1938

  • karya asal dipilih biografi terbaik dalam Konferensi Seerat Nasional di Pakistan pada 1983

  • terkenal atas nilai estetika bahasa dan penggunaan kajian sumber awal

  • naskhah terjemahan diulang cetak 13 kali

2. Ramuan Kebahagiaan (11,000 naskhah)

  • karangan Imam Al Ghazali dengan judul asal Kimiya’ al-Sa‘adah

  • ditulis menggunakan pendekatan bersifat rohaniah dan pemikiran

  • bimbing pembaca mengenali diri, mengenal Tuhan dan memahami tujuan kehidupan

  • jadi panduan dalam tradisi keilmuan Islam selama berabad-abad

3. ⁠Suri Hati Nabi: Riwayat Hidup Para Wanita di Sekeliling Rasulullah SAW (10,000 naskhah)

  • pengarang Aisyah Abdul Rahman atau nama pena Binti Syati’ dengan judul asal Nisāʾ un-Nabī

  • Aisyah hasilkan lebih 40 buku berkaitan Islam, berdozen buku sastera Arab

  • papar gambaran kehidupan isteri di sekeliling Rasulullah

  • singkap sisi manusiawi Rasulullah dalam mengurus rumah tangga

4. Memelihara Jiwa (9,000 naskhah)

  • karangan Malik Badri bertema isu kejiwaan

  • berdasarkan kajian terhadap ilmuwan Abū Zayd al-Balkhī

  • kupas manuskrip sembilan abad lalu perihal psikologi dan mental

  • papar gejala, pencegahan dan pemulihan kesihatan tubuh dan jiwa

5. ⁠Penyelamat daripada Kesesatan (7,000 naskhah)

  • naskhah asal berjudul Al-Munqidz min al-Dhalal

  • tulisan Imam al-Ghazali paling banyak dibaca di seluruh dunia

  • aotobiografi perkembangan intelektual dan kerohanian al-Ghazali

  • bawa hujah pembelaan terhadap tasauf sebagai jalan kepada pengetahuan tertinggi

6. Penyucian Kalbu: Tanda Penyakit dan Penawarnya (7,000 naskhah)

  • kitab Matharatu `l-Qulub karangan Imam Maulūd antara panduan terbaik mengasuh hati

  • membincangkan erti dan punca penyakit hati serta kaedah rawatan

  • kupas isu bakhil, cemburu, benci, sombong dan hawa nafsu

  • himpun huraian Syeikh Hamza Yusuf, pensyarah universiti tertua dunia, Universiti Qarawiyin