Banjir yang melanda daerah Larut, Matang dan Selama pada Khamis bukan sahaja menenggelamkan kawasan penempatan penduduk, malah turut menjejaskan Tanah Perkuburan Islam Kampung Toh Johan, Kuala Trong, di sini.
KUALA LUMPUR, 7 SEPT: Tertekan tidak dapat melihat jenazah ahli keluarga buat kali terakhir, seorang lelaki mengamuk dan sanggup memecahkan cermin Bahagian Forensik Hospital Sungai Buloh, dekat sini Khamis lepas.
PEKAN, 18 JULAI: Jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah selamat dikebumikan pada 5.20 petang di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 25 APRIL: Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara malam ini.
BATU PAHAT, 8 JULAI: Jenazah Muhammad Fikri Saliman, mangsa kesembilan tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu, Sabtu lepas, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kuda, Semerah, di sini, pagi ini.
TEMERLOH, 8 FEB: Seorang penolong pegawai perubatan di sebuah hospital direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima suapan berjumlah RM17,859, daripada ejen pengurusan jenazah.
SHAH ALAM, 4 JAN: Dua penolong pegawai perubatan di Hospital Kajang dipenjara masing-masing lapan dan enam hari oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah antara 2019 dan 2021.
TUMPAT, 2 MAC: Jenazah seorang warga emas dari Kampung Kajang Sebidang di sini terpaksa dibawa menggunakan bot hampir dua kilometer dari rumahnya untuk dikebumikan petang tadi, berikutan kawasan penempatan itu dilanda masih dilanda banjir sejak Ahad lepas.
SHAH ALAM, 24 OGOS: Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menguruskan 776 jenazah pesakit Covid-19 setakat 10 Ogos lalu.
SHAH ALAM, 18 OGOS: Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan jenazah pesakit Covid-19 tidak perlu dimandi dan ditayamum sekiranya terdapat risiko jangkitan.
Bersama air mata, jenazah bayi perempuan berusia lima bulan di pangkunya kemas.
SHAH ALAM, 9 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil inisiatif mengubah suai sebuah lori untuk dijadikan kenderaan membawa jenazah pesakit Covid-19.
SHAH ALAM, 2 OGOS: Tiada bayaran dikenakan kepada keluarga atau waris jenazah Covid-19 yang diuruskan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
SHAH ALAM, 23 JULAI: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang menguruskan 38 jenazah pesakit Covid-19 beragama Islam dan bukan Islam semalam.
SHAH ALAM, 21 JULAI: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyumbang RM50,000 bagi menyediakan alat pengurusan jenazah pesakit Covid-19 meliputi beg mayat dan sut pelindung diri (PPE).
SHAH ALAM, 16 JULAI: Keadaan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, dekat sini tidak seperti hari biasa apabila deretan van jenazah dilihat keluar masuk ke kawasan tersebut bagi proses pengebumian dipercayai melibatkan jenazah pesakit Covid-19.
PUTRAJAYA, 25 JUN: Bacaan Al-Fatihah serta doa menjadi 'hadiah' terakhir daripada kami buat jenazah pesakit Covid-19, hanya itu sahajalah yang sentiasa dibaca di dalam hati ketika mengusung jenazah sehingga menurunkannya ke liang lahad, demikian kongsi seorang penggali kubur, Yazrul Ekhzan.
KUALA LUMPUR 15 DIS: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail di sini, malam ini.
KUALA LUMPUR, 23 JUN: Bekas Pengasas Harakah dan Pengerusi Veteran Pas, Subky Abdul Latif, 80, meninggal dunia di kediamannya di Taman Karak Utama, Gombak dekat sini 11.05 pagi.
JAKARTA, 31 JUL - Jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Lombok, Allahyarham Siti Nur Ismawida Ismail, diterbangkan dari Lombok ke Jakarta sebelum dibawa pulang ke Malaysia, petang ini.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.