ISTANBUL, 5 NOV: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus menyuarakan kebimbangan pada Isnin berhubung serangan Israel ke atas hospital di Gaza, menyeru gencatan senjata segera untuk melindungi orang awam dan petugas kesihatan, lapor Agensi Berita Anadolu.