ISTANBUL, 20 SEPT: Lebih 250 pesakit dipindahkan dari sebuah hospital di Mindanao, Filipina selepas banjir kilat melanda pada Khamis dan Jumaat, kata seorang pegawai tempatan pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi memetik akhbar tempatan.
Seramai 254 pesakit, termasuk kanak-kanak dan mereka yang mengalami kesukaran bergerak, dipindahkan ke bangunan ibu pejabat pentadbiran wilayah, menurut Timbalan Datuk Bandar Buluan Jazzer King Mangudadatu, seperti dilaporkan oleh akhbar Inquirer.
Hujan lebat selama dua hari berturut-turut melanda Wilayah Maguindanao del Sur, menyebabkan banjir yang sedikit demi sedikit memasuki beberapa wad hospital dan memaksa pemindahan segera.
“Ini kali pertama dalam tempoh 50 tahun Hospital Daerah Buluan dilanda banjir,” kata Mangudadatu.
-- BERNAMA-ANADOLU