Nahas van: Empat anggota polis dibenar keluar hospital, enam masih dirawat

18 Nov 2026, 6:38 AM
Nahas van: Empat anggota polis dibenar keluar hospital, enam masih dirawat

IPOH, 18 NOV: Empat daripada 10 anggota yang cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kilometer 352 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Tapah semalam, dibenarkan keluar dari Hospital Tapah.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata baki enam lagi anggota terlibat masih menerima rawatan di tiga hospital berasingan dengan semua mereka dilaporkan stabil.

Daripada jumlah itu, empat anggota dirawat di Hospital Slim River manakala masing-masing seorang di Hospital Tapah dan Hospital Teluk Intan.

Dalam kejadian kira-kira 11.35 pagi semalam, van jenis Maxus dipandu anggota membawa 10 penumpang itu terlibat kemalangan selepas tayar belakang sebelah kiri pecah menyebabkan kenderaan tersebut melanggar penghadang besi di tengah lebuh raya.

Kemalangan berlaku semasa anggota terlibat dalam perjalanan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menuju ke Melaka.

Nahas mengorbankan Lans Koperal Muhammad Shahrul Alif Yaacob, 26, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.