SHAH ALAM, 23 OKT: Pengamalan tarekat Aurad Muhamadiyah secara sembunyi oleh ahli GISB Holdings (GISBH) menjadi punca amalan itu terus meluas, meski difatwa sesat pada 1994.
PUTRAJAYA, 23 OKT: Polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap lebih 30 lagi individu dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
SHAH ALAM, 22 OKT: Program pemulihan kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal GISB Holdings (GISBH) berjalan lancar mengikut modul ditetapkan.
JERANTUT, 21 OKT: Polis sudah mengenal pasti empat lelaki bagi membantu siasatan kes anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam Ashaari Muhammad, Ummu Atiyah yang mendakwa dikurung di penempatan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Batu Hampar, Perak.
KUALA LUMPUR, 19 OKT: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam Ashaari Muhammad, Ummu Atiyah yang dikatakan pernah menjadi mangsa penindasan serta dikurung ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).
GEORGE TOWN, 18 OKT: Majlis Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang memutuskan ajaran, amalan, pegangan dan fahaman pemimpin serta ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan rangkaian syarikatnya adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
SHAH ALAM, 18 OKT: Selangor mewartakan fahaman, ajaran atau amalan ahli GISB Holdings (GISBH) dan rangkaiannya menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar menurut pegangan Ahli Sunah Waljamaah.
KOTA KINABALU, 17 OKT: Majlis Fatwa Negeri Sabah memutuskan ajaran, amalan, pegangan dan fahaman ahli jemaah GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan syarikat gabungannya bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam berteraskan Ahli Sunnah Wal Jama'ah.
PUTRAJAYA, 17 OKT: Ibu bapa kepada kanak-kanak yang sedang dalam perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) susulan Op Global perlu mengemukakan bukti pertalian darah bagi menuntut anak-anak mereka.
SHAH ALAM, 17 OKT: Kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal milik GISB Holdings (GISBH) negeri ini telah melalui pemulihan kerohanian awal oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
KUALA LUMPUR, 17 OKT: Tiada sebarang bukti kukuh yang boleh mengaitkan pegawai kerajaan atau pemimpin politik, terlibat atau bersubahat dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) berdasarkan siasatan setakat ini.
SHAH ALAM, 15 OKT: Seramai 526 dari 558 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal GISB Holdings (GISBH) mengaku mempunyai ibu atau bapa, kata menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.
SHAH ALAM, 12 OKT: Kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal GISB Holdings (GISBH) dan dijaga sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dikembalikan ke pangkuan keluarga.
SHAH ALAM, 15 OKT: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mempertahan tindakannya terhadap kumpulan GISB Holdings (GISBH) yang didakwa menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.
SHAH ALAM, 15 OKT: Kanak-kanak yang yang diselamatkan dalam Op Global susulan pembongkaran kegiatan GISB Holdings (GISBH) berada dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
KUALA LUMPUR, 14 OKT: Kerajaan menawarkan program rehabilitasi secara sukarela kepada ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang masih bebas di negara ini untuk mereka kembali ke ajaran Islam yang sebenar.
SHAH ALAM, 14 OKT: Kanak-kanak di bawah pusat jagaan GISB Holdings (GISBH) yang didedahkan dengan video perjuangan kumpulan militan perlu menjalani program deradikalisasi atau meneutralkan pemikiran.
KUALA LUMPUR, 14 OKT: Siasatan terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) kini memasuki satu lagi fasa baharu apabila polis menyiasat kemungkinan kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal yang dikendalikan oleh organisasi itu diterapkan dengan elemen jihad militan.
KUALA LUMPUR, 13 OKT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kemungkinan terdapat sebarang elemen jihad militan yang cuba diserapkan kepada kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal yang dikendalikan oleh GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).
KOTA TINGGI, 13 OKT: Tiga individu yang mempunyai kaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pemerdagangan manusia dan amang seksual.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.