IPOH, 14 NOV: Seorang pekerja kuari maut dihempap batu di sebuah kuari di Manjung dekat Lumut semalam.
SHAH ALAM, 14 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir, angin kencang melanda seluruh Selangor hingga 11 malam.
PUTRAJAYA, 14 NOV: Hukum lantikan atau tauliah yang diberikan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) kepada mana-mana individu atau organisasi sebagai amil atau ejen zakat adalah sah di sisi hukum syarak, namun hanya terpakai di negeri di bawah bidang kuasa MAIN.
KOTA KINABALU, 14 NOV: Kementerian Pendidikan (KPM) menangani setiap aduan melibatkan kes buli di sekolah berdasarkan tatacara operasi piawai (SOP) yang telah ditetapkan oleh kementerian itu.
SHAH ALAM, 14 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir, angin kencang melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak hingga 9 malam.
PUTRAJAYA, 14 NOV: Penduduk Malaysia pada suku ketiga 2024 dianggarkan 34.1 juta berbanding suku ketiga 2023 iaitu sebanyak 33.6 juta dengan pertumbuhan lebih perlahan sebanyak 1.6 peratus berbanding 2.1 peratus.
KUALA LUMPUR, 14 NOV: Nahas melibatkan kenderaan pengangkut kereta perisai (KPKP) milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) pada Khamis lepas disebabkan jalan licin dan basah.
PASIR MAS, 14 NOV: Rata-rata penduduk di sekitar Rantau Panjang dilihat mula membuat persiapan rapi, mengambil langkah awal bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang telah bermula sejak 5 Nov lepas.
KUALA TERENGGANU, 14 NOV: Sebanyak 883 sekolah termasuk rendah dan menengah dikenal pasti berisiko dilanda banjir di seluruh negara, kata Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan.
SHAH ALAM, 13 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang sehingga 5 petang.
MELAKA, 14 NOV: Tiga garis panduan keselamatan bagi kenderaan elektrik (EV) yang diperkenalkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bakal meningkatkan kecekapan pengurusan keselamatan kenderaan tersebut.
SHAH ALAM, 14 NOV: Pelawak terkenal Shuib dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas enam pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan dan penalti berjumlah RM1.6 juta, tahun lalu.
SHAH ALAM, 14 NOV: Kerajaan menggiatkan usaha bagi membawa pulang artifak dan manuskrip lama negara yang disimpan di luar negara, kata menteri perpaduan.
PUTRAJAYA, 14 NOV: Permintaan tenaga buruh pada suku ketiga tahun ini mencatatkan bilangan tertinggi sejak kali terakhir direkodkan pada 2018, iaitu dengan penawaran sebanyak 9.01 juta jawatan, menurut Statistik Guna Tenaga Suku Tahun Ketiga 2024.
KUALA LUMPUR, 14 NOV: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin yang diiktiraf Biduanita Negara susulan penganugerahan sebagai Biduan Negara 2024 pada Anugerah Seni Negara (ASN) yang berlangsung semalam.
SHAH ALAM, 14 NOV: Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Bersama bagi meneliti lebih mendalam berhubung penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam sektor perundangan.
KUALA LUMPUR, 14 NOV: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan elemen Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bermula dari tahun satu di sekolah rendah melalui Kurikulum Persekolahan 2027.
KUALA LUMPUR, 14 NOV: Pemeriksaan fizikal berkala akan dijalankan terhadap pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi mengesan sebarang aktiviti penderaan.
PUTRAJAYA, 14 NOV: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) hari ini memutuskan ajaran, pegangan dan fahaman GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
KUALA LUMPUR, 14 NOV: Kerajaan Madani akan terus menaik taraf pasar awam usang di seluruh negara demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira fahaman politik, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.