PUTRAJAYA, 1 FEB: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) selaku urus setia kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) diminta agar terus memantau tahap kesiapsiagaan semua agensi terlibat di semua peringkat untuk menghadapi bencana, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
KUALA LUMPUR, 1 FEB: Situasi banjir di Sabah menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) turun mendadak petang ini manakala di Sarawak merekodkan peningkatan.
KUALA LUMPUR, 1 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Sarawak, Sabah dan Labuan sehingga 9 malam ini.
SHAH ALAM, 1 FEB: Festival Turath Islami Selangor yang dianjur sejak 2023 bagi menyuburkan syiar Islam akan diteruskan pada Julai tahun ini dalam skala lebih besar, maklum Dato’ Menteri Besar.
KOTA BHARU, 1 FEB: Pasangan suami isteri maut manakala dua anak mereka cedera selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai awal pagi tadi.
PORT DICKSON, 1 FEB: Tentera Darat sedang meneliti untuk memberi kelonggaran syarat pengambilan perajurit muda yang mempunyai kelebihan dalam bidang sains dan teknologi serta teknikal, menyertai perkhidmatan.
SHAH ALAM, 1 FEB: Sebanyak 23 sekolah agama di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dikenal pasti sebagai perintis bagi penerapan pembelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) berasaskan al-Quran.
KUALA LUMPUR, 1 FEB: Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
KUALA LUMPUR, 1 FEB: Pelaksanaan perintah gaji minimum RM1,700 sebulan yang berkuat kuasa hari ini disifatkan sebagai satu langkah signifikan dalam meringankan beban pekerja serta meningkatkan kualiti kehidupan mereka di seluruh negara.
KUALA LUMPUR, 1 FEB: Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 akan bermula Isnin ini dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan mesyuarat itu menjadi tumpuan utama.
KUALA LUMPUR, 1 FEB: Banjir di Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), manakala di Sabah jumlah mangsa tidak menunjukkan perubahan ketara, setakat 8 pagi ini.
KUALA LUMPUR, 1 FEB: Seramai 4.37 juta pekerja akan menerima gaji minimum RM1,700 sebulan, berbanding RM1,500 sebelum ini berikutan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum baharu berkuat kuasa secara rasmi hari ini.
SHAH ALAM, 1 FEB: Dato' Menteri Besar merakamkan ucapan penghargaan atas perkhidmatan dan bakti Dato' Setia Haris Kasim yang bersara secara rasmi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri semalam.
SHAH ALAM, 1 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Klang, Kuala Langat dan Sepang hingga 9 pagi ini.
SHAH ALAM, 31 JAN: Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al-Quran peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
KUALA LUMPUR, 31 JAN: Situasi banjir di Sarawak dan Sabah masih membimbangkan dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan terus meningkat, setakat 8 malam ini.
KUALA LUMPUR, 31 JAN: Pelbagai bank termasuk Public Bank Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd dan OCBC Bank (M) Bhd menawarkan bantuan kepada pelanggan terjejas akibat banjir di Sabah dan Sarawak.
GEORGE TOWN, 31 JAN: Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
KUCHING, 31 JAN: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas peruntukan segera lebih RM25 juta untuk Sarawak dan Sabah yang diumumkan oleh Perdana Menteri hari ini.
KUALA LUMPUR, 31 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada keluarga Nik Faizu di Kampung Chengal Lempong, Kuantan, Pahang yang tinggal di sebuah rumah yang sudah teruk dimamah zaman.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.