ad

Kos kahwin makin mahal, pasangan tidak kisah belanja lebih

26 Okt 2025, 12:00 AM
Kos kahwin makin mahal, pasangan tidak kisah belanja lebih
Kos kahwin makin mahal, pasangan tidak kisah belanja lebih
Kos kahwin makin mahal, pasangan tidak kisah belanja lebih
Kos kahwin makin mahal, pasangan tidak kisah belanja lebih

SHAH ALAM, 26 OKT: Kos majlis perkahwinan di Malaysia dikatakan terus meningkat saban tahun, dengan purata perbelanjaan dianggarkan bermula RM30,000 dan boleh mencecah ratusan ribu ringgit.

Pakar keusahawanan dari Universiti Malaysia Kelantan Datuk Dr Nik Maheran Nik Muhammad dalam kajiannya turut mendedahkan kos perkahwinan di negara ini antara yang tertinggi di rantau Asean.

Menurutnya, beberapa faktor utama menyumbang peningkatan tersebut termasuk inflasi, kenaikan harga perkhidmatan seperti katering dan lokasi majlis, selain tekanan sosial serta tuntutan budaya.

Mengambil contoh perkahwinan masyarakat India, jelasnya, majlis biasanya berlangsung lebih sehari, melibatkan pelbagai perhiasan dan lokasi, dengan kos antara RM50,000 hingga RM150,000.

Pakar keusahawanan dari Universiti Malaysia Kelantan, Datuk Dr Nik Maheran Nik Muhammad

Bagi masyarakat Cina, beliau menganggarkan perbelanjaan sekitar RM50,000 hingga RM120,000, lazimnya ditentukan kedudukan keluarga serta kemampuan kewangan masing-masing.

"Bagi pasangan Melayu pula, kos dianggarkan antara RM30,000 sehingga hampir RM200,000, mengambil kira majlis yang berlapis seperti akad nikah, kenduri, majlis bertandang dan jumlah jemputan pula boleh melebihi 1,000 orang," katanya kepada Media Selangor.

Terperangkap hutang anjur majlis mewah

Dr Nik Maheran menekankan ramai anak muda terperangkap dalam budaya mengadakan majlis mewah walaupun kemampuan terhad, hingga ada yang terpaksa berhutang demi memenuhi jangkaan masyarakat.

Lebih memburukkan keadaan, katanya, ramai yang sanggup membuat pinjaman peribadi untuk memastikan majlis kelihatan gah, hingga ada yang terbeban bagi melangsaikan hutang bank.

"Bagi saya, memadai dengan majlis kecil. Jika mahu, raikan secara besar-besaran ketika ulang tahun perkahwinan ke-10 atau seterusnya apabila kewangan lebih stabil.

"Mungkin pendekatan itu bukan budaya kita, tetapi ia lebih praktikal dan membantu menjimatkan perbelanjaan untuk kehidupan selepas berkahwin yang memerlukan perbelanjaan lebih besar," katanya.

Sebagai perbandingan, kos perkahwinan di Kemboja dan Filipina lebih rendah, masing-masing sekitar AS$15,000 (RM71,000) dan AS$4,800 (RM22,800). Di Korea Selatan pula, pasangan hanya perlu mendaftar perkahwinan secara rasmi tanpa perlu mengadakan majlis besar.

Belanja lebih sekali seumur hidup

Meskipun kos perkahwinan semakin mahal, namun beberapa pasangan yang ditemui sanggup berbelanja lebih untuk meraikan hari bahagia secara besar-besaran bersama keluarga dan rakan-rakan.

Muhammad Alif Eiman Mohd Nazri dan pasangannya Siti Manisah Mohd Mazni

Muhammad Alif Eiman Mohd Nazri, 29, dan Siti Manisah Mohd Mazni, 27, pada awalnya ingin mengadakan majlis kecil-kecilan, namun menukar rancangan selepas mengambil kira pandangan keluarga.

"Awalnya memang mahu buat majlis kecil sahaja, tetapi selepas berbincang dengan keluarga, kami putuskan untuk jemput lebih ramai tetamu supaya semua pihak berasa dihargai," kata Siti Manisah.

Namun begitu, kedua-dua pasangan yang bekerja sebagai juru ukur bahan dan kurier ini mengakui cabaran utama adalah kewangan lebih-lebih lagi jika berdepan situasi luar jangka.

Kedua-duanya turut mencari pendapatan sampingan dengan mengambil upah sebagai penghantar barang, dan menjual tudung serta barangan wanita secara dalam talian untuk menampung kos perkahwinan.

"Ketika kakak saya berkahwin pada 2022, kosnya tidak sampai RM50,000. Tetapi sekarang perbezaannya sangat ketara. Mujur ada kerja sampingan untuk tampung kos," kata Alif yang bernikah Disember ini.

Hubungan jarak jauh juga membantu kedua-dua pasangan menjimatkan perbelanjaan kerana tidak perlu berjumpa secara kerap berikutan Alif di Puncak Alam, manakala Siti Manisah di Singapura.

"Kami jarang berjumpa, mungkin sebulan atau dua bulan sekali. Jadi, itu pun dah cukup untuk berjimat, asalkan saling percaya," katanya.

Amirul Hakim Mohd Azad dan pasangannya Siti Aisyah Md Jafri

Sementara itu, pasangan muda Siti Aisyah Md Jafri, 25, dan Amirul Hakim Mohd Azad, 25, mengakui peningkatan harga barang memberi kesan besar dalam membuat persiapan kahwin.

Bekerja sebagai eksekutif sumber manusia, Siti Aisyah berkata mereka menetapkan belanja sekitar RM50,000 untuk mengadakan majlis perkahwinan yang berlangsung sekali seumur hidup.

"Tambahan pula kami anak sulung dan pertama berkahwin dalam keluarga. Dalam masa sam