AMPANG JAYA, 8 MAC: Seramai 500 warga kerja pelbagai agensi dan jabatan di daerah Gombak dirai dalam majlis berbuka puasa bersama Dato’ Menteri Besar di Dewan AU2 di sini, hari ini.
PELABUHAN KLANG, 8 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kapal Diraja (KD) Pahang dan KD Terengganu di Pangkalan TLDM di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 8 MAC: Sarawak negeri terbaharu dilanda banjir melibatkan daerah Lawas manakala situasi bencana itu di Sabah semakin buruk dengan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS), semakin meningkat malam ini.
KUALA LUMPUR, 8 MAC: Dasar Wanita Negara 2025-2030 yang dilancarkan hari ini, bertujuan memperhalusi dan menambah baik dasar sedia ada serta memperkukuh lagi langkah penguatkuasaan terhadap pelaku keganasan rumah tangga.
SHAH ALAM, 8 MAC: Umat Islam wajib mengikut ajaran nabi supaya termasuk dalam golongan yang diberi nikmat Allah SWT, kata pengarah Akademi Pemikiran Turath.
GOMBAK, 8 MAC: Bulan Ramadan merupakan medan terbaik buat masyarakat khususnya beragama Islam memupuk rasa kasih sayang dan perpaduan di antara manusia.
KUALA LUMPUR, 8 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu ruang dan peluang secukupnya diberikan kepada golongan wanita dalam semua aspek pembangunan negara.
GOMBAK, 8 MAC: Dato’ Menteri Besar mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk melalui Program Gerak Rahmah di Pusat Komuniti Kawasan Rukun Tetangga Taman Seri Gombak A di sini, hari ini.
SHAH ALAM, 8 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang sehingga 7 malam ini.
KUALA LUMPUR, 8 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Hari Wanita yang disambut hari ini adalah bagi meraikan keberanian, pengorbanan dan peranan luar biasa wanita dalam membentuk masyarakat yang lebih adil dan sejahtera.
KUALA LUMPUR, 8 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada waris keluarga Allahyarham Abu Hanifah Yusof yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 8 MAC: Beberapa Menteri dan Timbalan Menteri mengucapkan selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025 yang disambut di seluruh dunia hari ini.
KUALA LUMPUR, 8 MAC: Menceburi bidang pengulasan e-sukan yang lazimnya didominasi lelaki bukanlah sesuatu yang mudah.
KUALA LUMPUR, 8 MAC: Golongan wanita menjadi asas bagi ‘madrasah pertama’ dan merupakan sistem sokongan terhadap keluarga, masyarakat, dan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
KOTA KINABALU, 8 MAC: Seorang wanita mengalamai kecederaan parah akibat dihempap ketulan simen selepas lantai tingkat satu sebuah restoran di Jalan Segama di sini runtuh, semalam.
KANGAR, 8 MAC: Seorang penghuni Pusat Koreksional Perlis (Jabatan Penjara Malaysia) di Arau meninggal dunia semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini semalam, selepas dipercayai terjatuh di bilik air pada 6 Mac lepas.
PUTRAJAYA, 8 MAC: Genap 11 tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, hari ini Malaysia menegaskan komitmen untuk meneruskan operasi pencarian pesawat MH370 bersandarkan petunjuk berwibawa, sekali gus memberikan jawapan yang diperlukan keluarga mangsa.
SEPANG, 8 MAC: Pengoperasian Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang bermula Februari lepas berjaya mengurangkan kerenah birokrasi dengan ketara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
KUALA LUMPUR, 7 MAC: Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia, 8.42 malam tadi.
SHAH ALAM,7 MAC: Amalan berdoa dalam kehidupan adalah matlamat penting bagi memastikan umat Islam terus berada di jalan kebenaran, kata pengarah Akademi Pemikiran Turath.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.