SEREMBAN, 4 MEI: Kerajaan bercadang mewujudkan perkhidmatan kereta api kargo yang menghubungkan terus Kuala Lumpur ke Bangkok di Thailand bagi meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara sekali gus mengintegrasikan ekonomi Asean.
KUALA LUMPUR, 4 MEI: Kehidupan di sebalik tirai besi tidak mematahkan semangat tiga orang banduan untuk menimba ilmu, sehingga masing-masing berjaya menamatkan pengajian dengan memperoleh ijazah dan diploma daripada Open University Malaysia (OUM).
GOMBAK, 4 MEI: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menganjurkan Program Insan Rabbani bagi membimbing 2,474 bekas ahli Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) kembali kepada ajaran Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
SEREMBAN, 4 MEI: Seorang wanita maut digilis lori tangki minyak selepas tercampak keluar dari kereta dinaiki ketika melalui selekoh di Kilometer 26 Jalan Lukut-Sepang, Port Dickson di sini hari ini.
PUTRAJAYA, 4 MEI: Tahap pematuhan terhadap Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Penandaan Harga Ubat) 2025 yang mula dikuatkuasakan 1 Mei lalu memuaskan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
SHAH ALAM, 4 MEI: Pelbagai program kebudayaan termasuk Rentak Selangor dan Fiesta Makanan diteruskan sebagai usaha menyemarakkan lagi Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).
KUALA LUMPUR, 4 MEI: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata matlamat kerajaan bukan semata-mata untuk melihat kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media meningkat, tapi lebih penting lagi ialah membantu pengamal media yang kini berhadapan evolusi Kecerdasan Buatan (AI).
PUTRAJAYA, 4 MEI: Kementerian Kesihatan (KKM) memperkenalkan inisiatif saringan kesihatan paru-paru menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), dalam usaha mengesan penyakit berkaitan paru-paru dalam kalangan rakyat Malaysia di peringkat awal.
SHAH ALAM,1 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat hingga 3 petang.
Daripada Nurliyana Farhah Ruslan MAKKAH, 4 MEI: Kerjasama strategik yang kukuh antara Lembaga Tabung Haji (TH) dengan syarikat berpangkalan di Arab Saudi, Mashariq Holdings (Mashariq) sekali lagi terbukti menjadi tonggak penting dalam memastikan kelancaran pelaksanaan operasi haji musim ini bagi...
KLANG, 4 MEI: Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) mengubah nasib empat sekawan sehingga berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.
KOTA KINABALU, 4 MEI: Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat apabila 1,541 orang daripada 472 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan setakat 8 pagi ini berbanding 1,243 daripada 375 keluarga petang semalam.
KUALA LUMPUR, 3 MEI: Penerbit filem animasi pecah panggung BoBoiBoy dan Mechamato, Monsta secara rasmi melancarkan treler bagi francais filem animasi keempat mereka, Papa Zola The Movie (2025).
Oleh Suraidah Roslan KUALA LUMPUR, 3 MEI: Peningkatan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia yang melonjak 19 anak tangga ke kedudukan ke-88 menunjukkan petanda positif kepada perkembangan industri media dan ruang kebebasan bersuara di negara ini. Koordinator Kursus Program...
KUANTAN, 3 MEI: Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia Tahun 2025 akan berlangsung di padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1, Jalan Mahkota di sini esok.
ARAU, 3 MEI: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited melaksanakan program pembangunan industri jagung bijian secara intensif di negara ini, dalam usaha mengurangkan kebergantungan import sekali gus menstabilkan harga makanan ternakan dalam negara.
KUALA LUMPUR, 3 MEI: Presiden Kosovo Dr Vjosa Osmani hari ini melawat Makam Pahlawan untuk memberi penghormatan kepada bekas perdana menteri dan pemimpin negara yang disemadikan di sini, sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi empat harinya ke Malaysia yang bermula Khamis lepas.
GEORGE TOWN, 3 MEI: Karnival ‘Jom Masuk U’ berperanan sebagai platform strategik dalam menyampaikan maklumat menyeluruh mengenai akses ke institusi pendidikan tinggi (IPT), kata Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datuk Prof Dr Azlinda Azman.
KIMANIS, 3 MEI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memantau ketat harga dan bekalan telur berikutan pengurangan subsidi terhadap barangan itu yang bermula Khamis lepas (1 Mei), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
Daripada Nurliyana Farhah Ruslan MAKKAH, 3 MEI: Jemaah haji Malaysia bagi musim 1446H/2025M dinasihat tidak mudah mempercayai sebarang maklumat berkaitan ibadah haji yang disebarkan melalui media sosial, sebaliknya merujuk kepada saluran media rasmi Lembaga Tabung Haji (TH). Pengarah Operasi...
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.