KUALA BERANG, 29 JUN: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang direkrut dalam satu rangkaian militan berkaitan warga Bangladesh, seperti yang didedahkan baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 29 JUN: Polis menahan dua lelaki warga asing selepas dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan serta menyamar sebagai penjawat awam di Jalan Dinar, Taman Subang Perdana, Kampung Baru Subang, Selangor semalam.
SHAH ALAM, 28 JUN: Undang-Undang khusus untuk kecerdasan buatan (AI) perlu disegerakan susulan impak negatif teknologi itu yang dilihat semakin menular terutama membabitkan jenayah penipuan, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
SHAH ALAM, 28 JUN: Polis sedang menyiasat penemuan seorang bayi lelaki yang dibungkus dalam beg plastik di tepi jalan berhampiran sebuah masjid di Kampung Api-Api, Kuala Selangor dekat sini malam semalam.
KUALA LUMPUR, 28 JUN: Mayat lelaki dewasa yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan terapung di tengah-tengah tasik di Taman Tasik Danau Kota, di sini pagi tadi.
KUALA TERENGGANU, 28 JUN: Dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Besut yang ditahan petang semalam direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes buli pelajar di sekolah berkenaan.
KUALA TERENGGANU, 28 JUN: Seorang peniaga lelaki terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM932,300 selepas ditipu sindiket tawaran tender tidak wujud.
JERTIH, 27 JUN: Dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut ditahan polis bagi membantu siasatan kes buli melibatkan pelajar di sekolah berkenaan.
GEORGE TOWN, 27 JUN: Pengurus analisis di sebuah kilang di Bayan Baru di sini, kerugian RM300,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan cinta atau love scam menerusi media sosial.
SHAH ALAM, 27 JUN: Polis menerima satu lagi laporan berhubung kejadian beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Glenmarie di sini dilanggar sebuah lori petang kelmarin.
PUTRAJAYA, 27 JUN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan satu rangkaian militan warga asing dengan penahanan 36 warga Bangladesh yang disyaki terlibat secara langsung dalam gerakan militan radikal berpaksikan fahaman ekstremis dan ideologi keganasan.
KUALA TERENGGANU, 27 JUN: Lima pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut direman tiga hari bagi membantu siasatan kes buli seorang pelajar di sekolah tersebut.
SEPANG, 27 JUN: Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan susulan kes penuntut universiti yang ditemukan maut disyaki dibunuh di sebuah kondominium di Cyberjaya, Selasa lalu.
JERTIH, 26 JUN: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua sebuah sekolah berasrama penuh di Besut mendakwa menjadi mangsa buli beberapa pelajar senior di asrama, Selasa lepas.
SHAH ALAM, 26 JUN: Polis menerima tujuh laporan berhubung kejadian beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Glenmarie di sini dilanggar sebuah lori, petang semalam.
TANGKAK, 26 JUN: Seorang warga emas yang memiliki 39 rekod kesalahan lampau berkaitan kes pecah rumah dengan aktif melakukan kegiatan itu di Tangkak dan kawasan sekitar ditahan di sebuah pangsapuri di Taman Kesidang, Melaka, petang semalam.
SEREMBAN, 26 JUN: Wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini semalam.
SEPANG, 26 JUN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (JKDM LTAKL) mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis bunga ganja seberat lebih 56.81 kilogram dianggarkan bernilai RM5.56 juta dalam beberapa operasi di pengendali terminal kargo udara di Zon Perdagangan Bebas KLIA sepanjang April dan Mei lalu.
GEORGE TOWN, 25 JUN: Polis mengesahkan seorang pegawai kewangan sebuah syarikat perundingan kerugian RM4.17 juta selepas terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud dalam talian baru-baru ini.
MUAR, 25 JUN: Polis menahan seorang bapa dan anak lelakinya serta merampas serbuk ekstasi seberat 6.38 kilogram (kg) bernilai lebih RM1 juta di sebuah rumah di Bukit Treh, di sini, 16 Jun lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.