Ibu temukan mayat anak sudah reput dalam bilik berkunci

31 Mei 2026, 10:08 AM
Ibu temukan mayat anak sudah reput dalam bilik berkunci

SHAH ALAM, 31 MEI: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam keadaan mayat sudah reput di sebuah bilik yang berkunci dari dalam di Kampung Dalam Rhu, Tumpat petang semalam.

Mangsa berusia 35 tahun itu ditemukan oleh ibunya kira-kira jam 6.27 petang sebelum wanita berkenaan menghubungi pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata sepasukan polis bersama petugas perubatan Hospital Tumpat bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan kejadian.

"Mangsa yang juga seorang penganggur ditemukan ibunya di dalam bilik yang berkunci dari dalam.

"Pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tumpat untuk bedah siasat," katanya seperti dilapor BH Online.

Menurut beliau, hasil bedah siasat mendapati punca kematian tidak dapat dipastikan berikutan keadaan mayat yang sudah reput.

"Keputusan bedah siasat direkodkan sebagai 'Unascertained (Decomposed Body)'," katanya.

Mohd Khairi berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan setakat ini tidak menemukan sebarang unsur jenayah.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di talian 09-7257222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.