KUANTAN, 15 OGOS: Suri rumah ditemukan maut dengan kesan jerutan di leher di kediamannya di Indera Mahkota di sini semalam.
IPOH, 15 OGOS: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemukan dalam keadaan masih bertali pusat di dalam sebuah besen berhampiran bengkel motosikal di Pekan Titi Serong, Parit Buntar, semalam.
PUTRAJAYA, 15 OGOS: Polis mengenal pasti pemain bola sepak amatur yang ditahan 8 Ogos lalu kerana membawa kerambit ke padang bola, sebagai suspek kes baling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu negara Mei lalu.
MELAKA, 15 OGOS: Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan kejam guru wanita Istiqomah Ahmad Rozi, 33, akan diserahkan kepada Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN) hari ini untuk arahan lanjut.
KUALA LUMPUR 14 OGOS: Jumlah kerugian berkaitan kes jenayah komersial termasuk penipuan dalam talian meningkat 31 peratus bagi tempoh 1 Januari hingga 11 Ogos tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan jumlah kerugian melebihi RM1.5 juta.
KUALA LUMPUR, 14 OGOS: Polis memburu saki-baki anggota kumpulan bersenjata yang dikenal pasti terlibat dalam kes rompakan sebuah kedai emas di Plaza Metro Kajang, Jun lalu, yang salah seorang anggotanya maut selepas kejadian berbalas tembakan dengan polis di sekitar Kajang petang semalam.
SHAH ALAM, 14 OGOS: Polis mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi serta YouTubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, yang keluar rumah 7.45 petang semalam dan belum pulang hingga kini.
MUAR, 14 OGOS: Suspek utama kes bunuh tiga sekeluarga termasuk ibu bapanya dan bertindak membakar rumah mereka di Kampung Paya Redan, Pagoh Jumaat lalu, direman tujuh hari bermula hari ini.
SEREMBAN, 14 OGOS: Dua maut, empat cedera apabila kereta dinaiki mereka merempuh jengkaut yang sedang membantu kerja pemasangan kabel di persimpangan lampu isyarat Kampung Gelam, Port Dickson, dekat sini pagi tadi.
IPOH, 14 OGOS: Polis hari ini menahan seorang lelaki yang mengamuk dan membawa sebilah pisau pemotong daging di Dataran Keretapi Tanah Melayu Berhad di Jalan Dato Panglima Bukit Gantang di sini.
KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Seorang lelaki yang mempunyai enam rekod jenayah samun ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di susur masuk ke Tol Sungai Balak, Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) dekat Kajang, Selangor petang tadi.
MELAKA, 13 OGOS: Polis menunggu keputusan ujian DNA kepala serta jari Istiqomah Ahmad Rozi, 33, yang dibunuh kejam dengan cara dikerat anggota badannya.
KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Polis menahan 55 individu termasuk ’seorang bergelar 'Datuk' kerana disyaki menjalankan kegiatan memproses sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste) secara haram dalam serbuan di tujuh kilang di beberapa negeri minggu lepas.
KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Pemandu treler parah tangan dan kepala apabila kenderaan dipandunya terbabas dan terbakar berhampiran Plaza Tol Jalan Duta tengah hari tadi.
KUALA TERENGGANU, 13 OGOS: Penjawat awam kerugian RM99,000 selepas ditipu sindiket jual beli kereta tidak wujud dalam aplikasi Telegram.
IPOH, 13 OGOS: Polis sudah merakam keterangan lima individu termasuk pegawai penjara berhubung kes cubaan menyeludup dadah menggunakan dron di Penjara Tapah.
KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Suspek lelaki yang menyerang seorang jurujual dan guru besar sekolah dengan pisau rambo di tandas Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Jumaat lepas berjaya ditahan di Kajang, Selangor pada 1.30 pagi tadi.
IPOH, 12 OGOS: Polis menahan sebuah bot yang hanyut bersama 30 pendatang tanpa izin warga Indonesia, kira-kira 9.8 batu nautika dari Tanjung Hantu Segari di Perairan Manjung, semalam.
SEPANG, 12 OGOS: Seorang lelaki ditahan dan polis merampas 50 kilogram (kg) syabu serta enam kg pil ekstasi bernilai RM2.6 juta dalam serbuan di Sabak Bernam, Khamis lalu.
ALOR GAJAH, 12 OGOS: Polis masih mengesan anggota badan mangsa pembunuhan, Cikgu Istiqomah Rozi Ahmad yang mayatnya ditemukan tanpa kepala di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang di sini pada 31 Disember lalu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.