ad

Warga emas rugi lebih setengah juta diperdaya sindiket pelaburan dalam talian

14 Ogos 2025, 1:36 PM
Warga emas rugi lebih setengah juta diperdaya sindiket pelaburan dalam talian

TANGKAK, 14 OGOS: Seorang wanita warga emas kerugian RM695,375 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan saham secara dalam talian awal bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata wanita berusia 60 tahun itu telah melayari laman Facebook dan berminat untuk menyertai pelaburan berkenaan.

Beliau berkata mangsa kemudiannya telah berhubung dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp dan diarahkan untuk menekan satu pautan bagi memuat turun aplikasi pelaburan dinamakan “DESG”.

"Mangsa yang tertarik dengan tawaran 100 peratus keuntungan itu telah melakukan 16 transaksi ke empat akaun keldai bermula 2 Julai hingga Selasa lepas berjumlah RM695,375.

"Bagaimanapun, dia menyedari telah ditipu dan bertindak membuat laporan polis hari ini, " katanya dalam kenyataan hari ini.

Roslan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.