GAZA, 12 APRIL: Di wad kanak-kanak Hospital Nasser, seorang ibu, Samia Ashour, 35, duduk di sisi anak lelakinya, Ibrahim, yang berusia 50 hari dan hanya seberat kurang dua kilogram.
BEIJING, 12 APRIL: Kementerian Perdagangan China memaklumkan pada Jumaat negara itu sudah memfailkan saman terhadap Amerika Syarikat (AS) menerusi mekanisme penyelesaian pertikaian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) susulan langkah terbaharu Washington menaikkan tarif ke atas produk China, lapor Xinhua.
NEW YORK, 12 APRIL: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) menganggarkan kira-kira 400,000 penduduk di Semenanjung Gaza kehilangan tempat tinggal susulan kegagalan perjanjian gencatan senjata, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
ANKARA, 11 APRIL: Perdana Menteri Palestin Mohammad Mustafa pada Jumaat menyeru gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza serta kemasukan bantuan kemanusiaan bagi meringankan penderitaan orang awam, lapor Anadolu Ajansi.
HAMILTON, 11 APRIL: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis mendedahkan lebih 60,000 kanak-kanak di Semenanjung Gaza kini mengalami kekurangan zat makanan, ekoran situasi kemanusiaan di wilayah itu yang semakin meruncing, lapor Anadolu Ajansi (AA) Jurucakap PBB, Farhan Haq memetik...
KUALA LUMPUR, 10 APRIL: Asean harus bekerjasama dengan Myanmar melaksanakan usaha-usaha kemanusiaan susulan kejadian gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu, dan menangani beberapa kebimbangan berlarutan yang telah diutarakan, semasa mematuhi parameter luas konsensus lima perkara.
WASHINGTON, 10 APRIL: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu mempertimbangkan penangguhan 90 hari ke atas tarif timbal balik terhadap lebih 75 negara rakan dagang, satu langkah yang disifatkannya sebagai hasil rundingan diplomatik dan semangat muhibah sebagai faktor disebalik langkah itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
KUALA LUMPUR, 7 APRIL: Impak langsung tarif timbal balik 24 peratus ke atas import dari Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), yang berkuat kuasa pada 9 April terhadap sektor pembinaan dijangka minimum, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
RAMALLAH, 6 APRIL: Sebanyak 21 pusat rawatan malnutrisi di Gaza terpaksa ditutup berikutan serangan terbaharu tentera Israel dan arahan pemindahan yang dikeluarkan di kawasan terjejas, kata Jurucakap Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Kazem Abu Khalaf pada Ahad, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
YANGON, 6 APRIL: Sebanyak 89 gegaran susulan direkodkan di Myanmar dalam tempoh 10 hari selepas negara itu dilanda gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter 28 Mac lalu, menurut Jabatan Meteorologi dan Hidrologi Myanmar, lapor Xinhua pada Ahad.
GAZA CITY, 6 APRIL: Tentera Israel dilaporkan menghentikan bekalan air dari syarikat Israel, Mekorot ke Semenanjung Gaza, memutuskan sehingga 70 peratus daripada keseluruhan bekalan air ke wilayah itu, lapor Anadolu Ajansi.
ISTANBUL, 5 APRIL: Gempa bumi berukuran 6.9 magnitud melanda luar pantai Papua New Guinea awal pagi Sabtu waktu tempatan, lapor Anadolu Ajansi memetik Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
YANGON, 4 APRIL: Mandalay di tengah Myanmar merupakan kawasan paling teruk terjejas selepas gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 menggegar negara itu Jumaat lepas, lapor Xinhua.
ANKARA, 4 APRIL: Serangan udara tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza telah mengorbankan sekurang-kurangnya 86 lagi penduduk Palestin, menjadikan angka kematian akibat perang yang disifatkan sebagai genosid sejak Oktober 2023 meningkat kepada 50,609 orang, lapor Agensi Anadolu yang memetik Kementerian Kesihatan Gaza.
BEIJING, 4 APRIL: China akan mengenakan tarif tambahan 34 peratus ke atas semua produk yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) bermula 10 April, Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negara mengumumkan pada Jumaat, menurut laporan Xinhua.
MOSCOW, 4 APRIL: Golongan paling kaya di dunia mengalami kerugian terkumpul sebanyak US$208 bilion dalam tempoh 24 jam susulan pengumuman tarif import baharu oleh Amerika Syarikat, menurut data Indeks Bilionair Bloomberg (BBI) yang dikumpulkan Bloomberg pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.
NEW YORK, 4 APRIL: China menyuarakan kebimbangan serius terhadap pengumuman Israel baru-baru ini yang bertujuan memperluas operasi tentera darat serta menduduki wilayah Gaza, dan mendesak Israel menghentikan segera tindakan ketenteraan terhadap Gaza.
RAMALLAH/ANKARA, 4 APRIL: Lebih 39,000 kanak-kanak Palestin menjadi yatim piatu akibat perang Israel di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansı.
ANKARA, 3 APRIL: Sekurang-kurangnya 44 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza pada Khamis, lapor Anadolu Ajansı.
KUALA LUMPUR, 3 APRIL: Presiden Donald Trump semalam mengumumkan Amerika Syarikat (AS) akan memperkenalkan tarif asas sebanyak 10 peratus kepada semua negara dan duti yang lebih tinggi melibatkan beberapa negara termasuk Malaysia sebanyak 24 peratus.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.