SHAH ALAM, 26 FEB: Kerajaan Negeri mempertimbang untuk menambah bantuan khas kewangan (BKK) kepada penjawat awam dan Ahli Dewan Negeri (ADN) bulan depan.
TANAH MERAH, 26 FEB: Kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan yang hilang sejak Isnin lepas ditemukan meninggal dunia di tebing sungai berhampiran rumahnya di Kampung Aira Kuala Tiga, di sini petang ini.
SHAH ALAM, 26 FEB: Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor Prof Emeritus Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman dipilih sebagai Ahli Dewan Negara untuk Selangor bagi tempoh tiga tahun.
TANAH MERAH, 26 FEB: Kehilangan bayi lelaki berusia 19 bulan Hud Aryan Mohd Nor Hafifi di Kampung Aira Kuala Tiga, di sini sejak Isnin lepas, diklasifikasikan sebagai kes orang hilang, tanpa sebarang unsur jenayah dikesan setakat ini.
SHAH ALAM, 26 FEB: Selangor menyasar lebih 500 ekar tanah diusahakan dengan tanaman jagung bijirin pada masa depan bagi mengurangkan kebergantungan import makanan haiwan ternakan itu.
KAJANG, 26 FEB: Lelaki warga Israel, Avitan Shalom dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memiliki 200 peluru dan enam senjata api.
SHAH ALAM, 26 FEB: Selangor memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi membangunkan Taman Aero Selangor.
KUANTAN, 25 FEB: Dua warga Kemboja ditahan kerana disyaki terlibat melombong emas secara haram di Sungai Jubau, Mukim Keratong Muadzam Shah, Rompin semalam.
KOTA BHARU, 25 FEB: Seorang pengurus syarikat agensi pelancongan Hafizul Hawari hari ini dijatuhkan hukuman penjara berjumlah 14 tahun enam bulan dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada April tahun lepas.
SHAH ALAM, 25 FEB: Kerajaan Negeri bakal mewujudkan garis panduan amalan tarekat bagi mengekang amalan menyimpang dan ajaran sesat menerusi perangkaan undang-undang.
Dimulakan atas nama Tuisyen Rakyat pada 2009 secara fizikal yang terhad kepada enam mata pelajaran, Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) ditambah baik kepada penggunaan portal dan aplikasi mudah alih ekoran perkembangan teknologi pendigitalan.
PETALING JAYA, 25 FEB: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mempertingkat penguatkuasaan terhadap peniaga warga asing yang melanggar peraturan dan syarat ditetapkan.
KUALA LUMPUR, 25 FEB: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang individu di sini pada 11 malam tadi, selepas gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
KUALA LUMPUR, 25 FEB: Isu berkait cadangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar dan langkah proaktif bagi menangani banjir pada musim monsun dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
KUALA LUMPUR, 25 FEB: Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SHAH ALAM, 25 FEB: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung di lima lokasi hari ini, bermula jam 10 pagi.
SHAH ALAM, 24 FEB: Prestasi ditonjolkan pemenang Selangor Future Cup 2025 pada Kejohanan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) cemerlang dan dikagumi.
SHAH ALAM, 24 FEB: Sebanyak 800,000 bakat dalam Kecerdasan Buatan (AI) akan dilatih menerusi kerjasama Kementerian Digital dengan Microsoft bagi latihan semula dan peningkatan kemahiran tenaga kerja sedia ada.
SHAH ALAM, 24 FEB: Seramai 72,385 atau 59.3 peratus daripada 122,062 murid tahun satu yang terlibat dalam program intervensi 3M (membaca, mengira dan menulis) sepanjang tahun lalu, berjaya menguasai kemahiran itu.
SHAH ALAM, 24 FEB: Kadar zakat fitrah di Selangor kekal RM7 seorang tahun ini bagi umat Islam yang memakan beras putih tempatan dan beras putih import .
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.