ad
BERITA UTAMA

Kekang ajaran sesat, negeri wujud garis panduan amalan tarekat

25 Feb 2025, 5:13 AM
Kekang ajaran sesat, negeri wujud garis panduan amalan tarekat

SHAH ALAM, 25 FEB: Kerajaan Negeri bakal mewujudkan garis panduan amalan tarekat bagi mengekang amalan menyimpang dan ajaran sesat menerusi perangkaan undang-undang.

EXCO agama Islam berkata langkah itu memudahkan pewartaan fatwa, enakmen, panduan atau silibus berkaitan, di samping mampu mempertingkat tindakan penguatkuasaan.

“Ini dapat mengekang fahaman ekstrem dan penularan ideologi sesat yang akan mencemar nama baik Islam di Selangor.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada November tahun lalu bertitah mengenai keperluan mewujudkan panduan, silibus khas atau peraturan yang khusus mengenai pengamalan tasawuf dan tarekat di negeri ini,” katanya.

Menjawab soalan di sidang Dewan Negeri Selangor, Fahmi berkata ketika ini penguatkuasaan terhadap ajaran menyimpang tidak boleh dibuat berikutan tiadanya garis panduan berkenaan.

“Hanya (penguatkuasaan) kepada yang benar-benar menyimpang dan salah akidah. macam GISB Holdings. Nak dapatkan bukti bukan mudah yang pernah dilakukan seawal 2019.

“Jadi dengan garis panduan ini, rakyat juga senang menilai dan penguatkuasaan boleh dibuat,” katanya.

Pada 25b November tahun lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ketika majlis multaqa bertemakan Ilmu Tasawwuf Merungkai Masalah Ummah mencadangkan panduan, sukatan khas atau peraturan khusus pengamalan tasawuf dan tarekat dibuat.

Baginda turut menyokong langkah pihak berkuasa agama mewujudkan undang-undang, pewartaan fatwa dan enakmen berkaitan amalan sedemikian.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.