KUALA LANGAT, 7 SEPT: Muzik cempuling yang menjadi seni warisan akan dimartabatkan menerusi peruntukan khas dalam belanjawan negeri 2025.
TANJUNG SEPAT, 7 SEPT: Kerajaan Negeri mengambil langkah segera termasuk berbincang bersama Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhubung isu projek rumah terbengkalai di Morib.
SHAH ALAM, 7 SEPT: Kerajaan Negeri bercadang melancar kempen pendidikan seksual kepada kanak-kanak sebagai langkah pendedahan sekali gus mengelakkan golongan berkenaan menjadi mangsa.
KUALA LUMPUR, 7 SEPT: Tertekan tidak dapat melihat jenazah ahli keluarga buat kali terakhir, seorang lelaki mengamuk dan sanggup memecahkan cermin Bahagian Forensik Hospital Sungai Buloh, dekat sini Khamis lepas.
SHAH ALAM, 7 SEPT: Hujan lebat diramal melanda daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang hingga 1 pagi.
SHAH ALAM, 7 SEPT: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melancarkan aplikasi yang menawarkan mata ganjaran kepada pelanggan yang melakukan transaksi pembelian produk serta perkhidmatannya.
SHAH ALAM, 7 SEPT: Program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di lima lokasi esok.
KOTA BHARU, 7 SEPT: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun lemas di Sungai Kampung Lata Pauh, Kuala Krai, hari ini.
SHAH ALAM, 7 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat serta ribut kencang melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor hingga 9 malam.
HULU SELANGOR, 7 SEPT: Program rewang komuniti anjuran Kerajaan Negeri yang telah dianjurkan di pelbagai lokasi akan diteruskan semula November depan.
SHAH ALAM, 7 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat serta ribut kencang melanda Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang hingga 7 malam.
PETALING JAYA, 7 SEPT: Selepas kali terakhir muncul juara pada 2013, Malaysia berpeluang menamatkan kemarau 11 tahun apabila berdepan Lubnan dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
SHAH ALAM, 6 SEPT: Lebih separuh responden yang berusia antara 18 hingga 30 tahun percaya kedudukan kewangan isi rumah di negara ini meningkat pada tahun depan.
SHAH ALAM, 6 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang hingga 2 petang.
SHAH ALAM, 6 SEPT : Orang ramai dipelawa menyertai program saringan kesihatan percuma di Dewan MBSJ SS15, Subang Jaya pada Sabtu dan Ahad ini, mulai 9 pagi hingga 3 petang.
SHAH ALAM, 5 SEPT: Selangor mencatat kunjungan seramai 3.6 juta pelancong setakat Jun sekali gus diyakini melepasi sasaran tujuh juta tahun ini.
SHAH ALAM, 5 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat serta ribut kencang melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak dan Petaling hingga 5 petang.
SHAH ALAM, 5 SEPT : Orang ramai dipelawa menyertai program saringan kesihatan percuma di Dewan MBSJ SS15, Subang Jaya pada Sabtu dan Ahad ini, mulai 9 pagi hingga 3 petang.
SHAH ALAM, 5 SEPT: Kerajaan Negeri tidak menaikkan cukai taksiran hampir 40 tahun meskipun Akta Kerajaan Tempatan membenarkan kadar disemak setiap lima tahun.
KUALA LUMPUR, 5 SEPT: Pengendali skuad kebangsaan Pau Marti Vicente yakin Malaysia adalah pasukan kuat dan layak ke final Pestabola Merdeka 2024, selepas menundukkan Filipina 2-1 pada saingan separuh akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.