AGENDA

Amaran hujan lebat di KL, enam daerah di Selangor hingga 4 petang

10 Sep 2024, 6:06 AM
Amaran hujan lebat di KL, enam daerah di Selangor hingga 4 petang
Amaran hujan lebat di KL, enam daerah di Selangor hingga 4 petang

SHAH ALAM, 10 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat serta ribut kencang melanda Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang hingga 4 petang.

Agensi itu memaklumkan menerusi Facebook, cuaca sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka selain beberapa kawasan di Perak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_662638" align="alignnone" width="701"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.