SHAH ALAM, 7 SEPT: Hujan lebat diramal melanda daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang hingga 1 pagi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca sama di seluruh Terengganu selain beberapa kawasan di Perak, Pahang, Sarawak, Sabah dan Labuan.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
[caption id="attachment_662229" align="aligncenter" width="665"]
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]


