Lebih 540 kanak-kanak menjadi korban secara purata setiap bulan di Gaza sejak serangan Israel disambung semula pada Mac lepas, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Selasa.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM9.35 bilion kepada lebih tiga juta pembayar cukai sehingga 30 Jun, 2025, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Berpantang maut sebelum ajal. Itulah pepatah tepat menggambarkan detik cemas dilalui sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia 10 bulan apabila kereta yang dinaiki dihempap sebatang pokok yang tumbang ketika melalui jalan Ipoh–Lumut dekat Seri Iskandar, petang tadi
Malaysia akan terus menumpukan semua usaha promosi dan pengiklanan (A&P) bagi menarik pelancong bernilai tinggi, di samping mengekalkan strategi pelancongan berasaskan jumlah sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026)
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan pada Selasa lebih 1,850 rakyat Palestin maut ketika cuba mendapatkan makanan di Gaza dalam tempoh kurang tiga bulan, sambil memberi amaran bahawa keadaan kemanusiaan semakin meruncing berikutan sekatan bantuan oleh Israel yang berterusan
Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian sebuah kereta terkena anak panah di Jalan Macalister di sini yang tular di media sosial.
Ethics and Anti-Corruption Commission (EACC) iaitu agensi antirasuah Kenya berhasrat menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam pelbagai bidang
Insiden buli melibatkan dua pelajar tingkatan empat yang dipercayai 'mengenakan hukuman' terhadap lebih 20 pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah asrama di Sungai Udang di sini pada awal pagi Sabtu lepas kini dalam siasatan polis
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggar bernilai RM4.16 juta dalam beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang dan Melaka pada 13 Ogos lepas.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memandu Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Rawang.
Pembelian pesawat Boeing bernilai US$9.5 bilion bagi fasa kedua tidak akan menjejaskan tahap hutang negara serta memberi impak kepada defisit fiskal Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Kerajaan akan meneliti keperluan untuk menggubal Akta Anti-Buli yang memberi penekanan kepada penubuhan sebuah tribunal, bagi mendengar kes buli melibatkan pelajar dan kanak-kanak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Polis menumpaskan satu kumpulan dikenali sebagai “Geng Budak Sekolah” yang terlibat dalam jenayah seksual, termasuk membabitkan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.
Gunung Lewotobi di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia meletus beberapa kali pada Isnin, mencetuskan amaran penerbangan tahap tertinggi, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi negara itu, lapor Xinhua.
Seorang tukang masak didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Sri Pagi, Senawang.
Prestasi perdagangan Malaysia kembali mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 3.8 peratus tahun ke tahun kepada RM265.92 bilion, nilai perdagangan bulanan tertinggi pernah direkodkan, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan negara, khususnya berkaitan kebocoran maklumat dalam badan risikan dan memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh.
Graduan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kini dipersiapkan sebagai tenaga penggerak industri bernilai tinggi, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian.
Seorang pesara kerajaan kerugian sebanyak RM94,463 selepas diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud.
Tiada elemen prosiding bertindih sekiranya pendakwaan terhadap beberapa suspek kes buli dijalankan serentak dengan prosiding inkues bagi menyiasat kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir, menurut pengamal undang-undang.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.