Polis sahkan ancaman bom di bangunan ibu negara palsu

24 Mei 2026, 12:03 AM
Polis sahkan ancaman bom di bangunan ibu negara palsu

KUALA LUMPUR, 24 MEI: Polis mengesahkan terdapat ancaman bom palsu diterima di sebuah bangunan terkemuka di ibu negara malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Hoo Chang Hook berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 9.09 malam daripada pengawal keselamatan bangunan berkenaan.

"Pengawal keselamatan tersebut memaklumkan dia menerima e-mel yang dihantar ke pusat khidmat pelanggan mengatakan terdapat individu meletakkan bom di tingkat 23 menara utara bangunan itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hoo berkata Unit Pemusnah Bom, Unit Anjing Pengesan dan Unit Forensik kemudian dikerahkan ke lokasi untuk melakukan pencarian dan mendapati ia ancaman palsu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 507 Kanun Keseksaan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.