Pantai Morib dinaik taraf, kemudahan baharu dijangka siap Julai ini

26 Jun 2026, 2:30 AM
Pantai Morib dinaik taraf, kemudahan baharu dijangka siap Julai ini
Pantai Morib dinaik taraf, kemudahan baharu dijangka siap Julai ini

BANTING, 26 JUN: Pengunjung Pantai Morib bakal menikmati wajah baharu kawasan peranginan itu apabila projek naik taraf bernilai RM47 juta dijangka siap pada 1 Julai ini.

Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Langat Mohd Hasrulhisham Abdullah berkata projek itu kini memasuki fasa akhir dengan kerja-kerja sentuhan akhir serta pembaikan kecacatan sedang giat dilaksanakan.

Menurutnya, walaupun tarikh siap ditetapkan pada 1 Julai, kawasan pantai hanya akan dibuka sepenuhnya kepada orang ramai selepas semua kerja di tapak selesai.

"Tarikh siap mengikut kontrak ialah pada 1 Julai dan ketika ini kontraktor sedang menyiapkan semua skop kerja mengikut jadual yang ditetapkan.

"Bagaimanapun, jika terdapat kelewatan menyiapkan kerja di tapak, kawasan pantai hanya akan dibuka sepenuhnya kepada orang ramai selepas semua kerja disiapkan," katanya kepada Media Selangor.

BERITA PENUH DI SINI

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.