Jabatan Perikanan rampas belat sepanjang 700 meter di Pantai Morib

5 Nov 2026, 12:00 AM
Jabatan Perikanan rampas belat sepanjang 700 meter di Pantai Morib
Jabatan Perikanan rampas belat sepanjang 700 meter di Pantai Morib
Jabatan Perikanan rampas belat sepanjang 700 meter di Pantai Morib

SHAH ALAM, 5 NOV: Jabatan Perikanan Negeri Selangor merampas peralatan menangkap ikan jenis belat yang dipasang sepanjang kira-kira 700 meter di pesisir Pantai Morib, Kuala Langat, dalam rondaan penguatkuasaan baru-baru ini.

Menurut jabatan itu, penggunaan belat tertakluk kepada peraturan di bawah Akta Perikanan 1985 (Akta 317) bagi melindungi sumber perikanan dan ekosistem pesisir pantai.

“Belat tidak lagi dilesenkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia bagi memelihara sumber perikanan dan melindungi ekosistem pesisir pantai,” menurut kenyataan jabatan berkenaan di Facebook.

Belat merupakan alat menangkap ikan yang menggunakan pancang atau tiang ditanam ke dasar perairan bersama bahan pengadang seperti jaring, rotan atau dawai bagi memerangkap ikan.

Jabatan itu memaklumkan individu yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi membanteras penggunaan peralatan menangkap ikan yang menyalahi peraturan.

Langkah itu juga bertujuan memastikan sumber perikanan dan ekosistem pesisir pantai di Selangor terus terpelihara.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.