PLATS bantu 5,000 individu hilang kerja jana pendapatan baharu

24 Jun 2026, 10:00 AM
PLATS bantu 5,000 individu hilang kerja jana pendapatan baharu
PLATS bantu 5,000 individu hilang kerja jana pendapatan baharu
PLATS bantu 5,000 individu hilang kerja jana pendapatan baharu
PLATS bantu 5,000 individu hilang kerja jana pendapatan baharu
PLATS bantu 5,000 individu hilang kerja jana pendapatan baharu

SHAH ALAM, 24 JUN: Seramai 5,000 individu berusia 40 tahun ke atas yang kehilangan pekerjaan akibat konflik global Asia Barat bakal dibantu menjana semula sumber pendapatan menerusi program Transisi Kerjaya Platform Selangor (PLATS).

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata pihaknya bersama Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia akan mengenal pasti individu terbabit menerusi data Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Menurut Ahmad Azri Zainal Nor, individu layak akan menerima manfaat PLATS termasuk latihan dan kursus perniagaan, kem keusahawanan serta bantuan pembiayaan kewangan sehingga RM10,000 tanpa faedah.

“Mereka juga akan diakses dengan ekosistem perniagaan PLATS selain turut dibantu dari segi pemasaran dan promosi produk. Peserta juga diberikan bantuan data Internet selama setahun serta elaun perjalanan.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor bercakap kepada media selepas majlis penutup boostcamp Plats Selangor (PLATS) di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam pada 30 April 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Sasaran kepada golongan usia 40 tahun ke atas kerana mereka ini berdepan masalah untuk mencari atau dapatkan semula pekerjaan disebabkan faktor umur. Jadi kita tawar jalan keluar bagi kelangsungan sumber pendapatan,” katanya kepada Media Selangor.

Mengulas lanjut, Ahmad Azri berkata selain dibimbing, peserta juga akan dipantau dalam tempoh enam bulan bagi melihat prestasi dan sekiranya mereka berminat untuk terus menjadi usahawan, bantuan lain akan diberikan.

“Bagi fasa awal ini, kita sasar 5,000 peserta dahulu. Jika prestasi usahawan memberangsangkan, kita akan tingkatkan jumlah pengambilan,” katanya.

Transisi Kerjaya PLATS diperkenal menerusi Fasa 2 Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor itu bertujuan memberi peluang kepada individu kehilangan pekerjaan untuk menceburi bidang keusahawanan.

Ketika membentang pakej terbabit pada Jumaat lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata programmelibatkan peruntukan berjumlah RM4 juta, membolehkan peserta menjalani latihan dan pendedahan strategi asas perniagaan.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.