Gagasan Rumpun Selangor 2.0 perkenal projek angkat, fokus baiki kemudahan awam

15 Apr 2026, 4:11 AM
Gagasan Rumpun Selangor 2.0 perkenal projek angkat, fokus baiki kemudahan awam

SHAH ALAM, 15 APRIL: Gagasan Rumpun Selangor (GRS) 2.0 akan memperkenalkan projek angkat melibatkan kerja pembinaan baharu, baik pulih dan penyelenggaraan infrastruktur kemudahan awam.

EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail berkata konsep lebih unik yang diperkenalkan tahun ini akan memberi tumpuan kepada mengenal pasti kemudahan rosak sekali gus menjamin keselamatan orang ramai.

“Insya-Allah seperti diumumkan Dato’ Menteri Besar dalam Belanjawan 2026, program GRS tahun ini diperkenal dengan konsep lebih unik.

“Ia melibatkan elemen Projek Angkat GRS melalui kerja-kerja bina baharu, baik pulih ataupun menyelenggara projek infrastruktur berkaitan kemudahan awam yang akan dikenal pasti,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Rizam memaklumkan beliau menghadap Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bagi menyembah maklum pelaksanaan GRS 2.0.

GRS diperkenalkan bagi memperkukuh semangat perpaduan dan sistem kemasyarakatan di Selangor.

Pelaksanaannya merangkumi enam agenda utama iaitu karnival dan eksplorasi, dasar, lagu perpaduan serta penstrukturan dan pemerkasaan institusi kepimpinan kampung.

Dalam edisi pertama yang bermula Februari 2024, program itu telah menjelajah ke semua daerah, bermula di Hulu Selangor sebelum berakhir di Gombak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.