KUALA LUMPUR, 21 MEI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan latihan simulasi keselamatan sempena Sidang Kemuncak Asean Ke-46 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula 23 Mei ini, bermula dengan mesyuarat peringkat pegawai kanan.
KUALA LUMPUR, 21 MEI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 29 kediaman pengasuhnya di sebuah kondominium di Puchong dekat sini, semalam.
KUALA LUMPUR, 20 MEI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan latihan simulasi sempena Sidang Kemuncak Asean-Majlis Kerjasama Teluk (Asean-GCC) 2025 selama dua hari bermula esok, membabitkan pergerakan konvoi pemimpin di sekitar ibu negara.
KOTA BHARU, 18 MEI: Seorang peniaga wanita berusia 27 tahun cedera selepas disimbah cecair dipercayai asid oleh seorang individu tidak dikenali dalam kejadian berhampiran sebuah kedai serbaneka di Beris Kubur Besar, Tawang dekat Bachok semalam.
BATU PAHAT, 17 MEI: Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah dianggar bernilai RM1.6 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Mulia, di sini, Rabu lepas.
NILAI, 16 MEI: Polis menembak mati dua penjenayah lelaki dipercayai aktif kes samun dan pengedaran dadah, di tempat letak kereta sebuah kondominium, di sini pada 10 malam tadi.
TELUK INTAN, 15 MEI: Pemilik syarikat lori muatan batu akan dipanggil dalam masa terdekat berhubung kemalangan maut yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini, pada Selasa.
BUKIT MERTAJAM, 15 MEI: Seorang kerani sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM465,200 selepas terperdaya dengan sindiket pelaburan dalam talian yang tidak wujud, Mac lepas.
GEORGE TOWN, 15 MEI: Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam jenayah samun, pecah rumah dan samun dobi layan diri di Pulau Pinang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Jalan Lintang Bukit Jambul, Bayan Lepas dekat sini hari ini.
SHAH ALAM, 15 MEI: Sebuah treler dipercayai hilang kawalan menyebabkan kemalangan lima kenderaan lain di KM32.5 Jalan Klang-Banting berhadapan sebuah bank di Banting, semalam.
JOHOR BAHRU, 14 MEI: Polis menahan enam lelaki bagi membantu siasatan kes seorang vokalis kumpulan muzik "skinhead” dipukul di sebuah gimnasium di sini Sabtu lepas.
KUALA TERENGGANU, 14 MEI: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM23,000 berkaitan kes dadah yang dikendalikannya empat tahun lepas.
TELUK INTAN, 14 MEI: Polis akan memanggil lebih 60 individu untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan kemalangan yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini, pada pagi semalam.
TELUK INTAN, 13 MEI: Pemandu lori pasir yang terlibat dalam nahas mengorbankan sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini hari ini, telah ditahan untuk siasatan lanjut.
KUANTAN, 11 MEI: Tiga lelaki yang disyaki melakukan kegiatan samun di sebuah rumah di Felda Jengka 8, Maran ditahan semalam.
BATU PAHAT, 11 MEI: Sebuah kenderaan rasmi milik Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Gading dilaporkan dirosakkan oleh individu tidak dikenali, pagi semalam.
KUALA TERENGGANU, 11 MEI: Seorang peniaga kosmetik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 1.02 kilogram, hujung bulan lepas.
SHAH ALAM, 10 MEI: Seorang lelaki maut apabila pacuan empat roda dipandunya terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan di Persiaran Kuala Lngat menghala Persiaran Hulu Langat di sini, 4.45 pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 10 MEI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menugaskan hampir 6,200 pegawai dan anggota bagi memastikan keselamatan sepanjang penganjuran Sidang Kemuncak Asean yang dijadual berlangsung di ibu negara pada 26 dan 27 Mei ini.
IPOH, 9 MEI: Polis memburu tiga lelaki yang melarikan barang kemas dianggarkan bernilai RM390,000 dalam rompakan kedai emas di sebuah pusat beli-belah di Menglembu di sini hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.