MBSA tutup premis urut tanpa lesen, lima pekerja asing tanpa permit ditahan

16 Feb 2026, 12:39 AM
MBSA tutup premis urut tanpa lesen, lima pekerja asing tanpa permit ditahan

SHAH ALAM, 16 FEB: Lima pekerja warga asing tanpa permit sah ditahan dalam operasi penguatkuasaan bersepadu di sebuah premis urut di Seksyen U12, di sini, pada 12 Februari lalu.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan operasi penguatkuasaan bersepadu dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati premis berkenaan beroperasi tanpa lesen sah.

“Operasi dijalankan sekitar jam 9 malam itu melibatkan pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan pematuhan syarat pelesenan serta peruntukan undang-undang kecil yang berkuat kuasa.

"Hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen sah dan tindakan penutupan serta-merta dilakukan mengikut Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan (MBSA) 2013,” menurut kenyataan itu. 

Anggota penguat kuasa MBSA bersama anggota polis menyerbu sebuah premis urut beroperasi tanpa lesen di Seksyen U12, Shah Alam pada 12 Februari 2026. Foto Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam

Dalam operasi sama, lima pekerja warga asing tanpa permit sah turut ditemui sebelum ditahan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

MBSA menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi membanteras perniagaan tidak berlesen serta memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti setempat sentiasa terpelihara.

Anggota penguat kuasa MBSA bersama anggota polis menyerbu sebuah premis urut beroperasi tanpa lesen di Seksyen U12, Shah Alam pada 12 Februari 2026. Foto Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam

Apa reaksi anda?