PUTRAJAYA, 12 OGOS: Lebih 2,300 insiden haiwan mati dilanggar kenderaan atau roadkill melibatkan hidupan liar direkodkan di negara ini bagi tempoh 2020 hingga 2024, menurut Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES).
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sedang memasang papan tanda dengan lampu diod pemancar cahaya (LED) di kawasan dikenal pasti sebagai lintasan gajah.
DUNGUN, 26 JUL: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menangkap seekor beruang matahari yang berkeliaran di Kampung Padang Ping, di sini sejak minggu lepas.
KOTA BHARU, 24 DIS: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor harimau kumbang di Kampung Gua, Paloh 1, Gua Musang semalam.
KOTA BHARU, 13 NOV: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas tiga jenis burung yang disimpan tanpa kebenaran bernilai hampir RM40,000 di Kampung Dusun Durian, Tawang, Bachok hari ini.
IPOH, 15 OKT: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak hari ini mengarahkan anggotanya untuk berada di kawasan hutan berhampiran Bersia, Gerik bagi memantau kehadiran harimau selepas hidupan liar itu dipercayai membaham seorang lelaki awal pagi tadi.
SHAH ALAM, 5 SEPT: Buaya tembaga jantan seberat 20kg yang berjaya ditangkap di Tasik Seksyen 7 di sini, malam tadi dipindahkan ke Paya Indah Wetlands, Dengkil untuk pemeriksaan lanjut.
KLUANG, 1 JUN: Empat ekor gajah ditemukan mati di sebuah kebun buah-buahan di Kahang Timur di sini hari ini.
IPOH, 12 APRIL: Lelaki parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi.
KAMPAR, 17 DIS: Seekor lagi harimau belang dilihat di jalan raya kelmarin, kali ini di Kampung Mendok Sahom di sini, yang dikesan oleh seorang pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, Pulau Pinang.
SHAH ALAM, 11 DIS: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mengesan kehadiran seekor buaya di Tasik Kiambang, Serendah, Hulu Selangor.
GUA MUSANG, 30 NOV: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan mengesahkan spesies haiwan liar yang menyerang seorang pekerja ladang getah warga Indonesia di Kampung Kuala Tol semalam, adalah jenis Harimau Belang.
GUA MUSANG, 12 NOV: Dalam tempoh kurang 48 jam seorang lagi menjadi mangsa serangan harimau di sini, kali ini di sebuah ladang di Kampung Meranto melibatkan lelaki warga Myanmar yang maut akibat serangan itu.
GUA MUSANG, 5 OKT: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan bersama pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan melakukan siasatan di lokasi kejadian bagi menentukan punca kematian seorang lelaki Orang Asli akibat diserang hidupan liar dipercayai harimau belang di Pos Pasik di sini semalam.
GUA MUSANG, 18 SEPT: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya memindahkan seekor gajah dewasa jantan yang dipercayai mengganggu lebih 300 pekebun di Kampung Subong Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, di sini hari ini.
SHAH ALAM, 27 OGOS: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memasang kamera perangkap bagi mengesan harimau belang di Kilometer 18 Jalan Batang Kali-Genting Highlands.
KUALA TERENGGANU, 23 JAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu menasihatkan orang ramai supaya tidak berkongsi sebarang video penemuan haiwan liar menerusi media sosial bagi mengelak ancaman pemburu haram.
KUALA LUMPUR, 22 JAN:- Seramai 800 individu termasuk Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan Orang Asli hari ini dilantik sebagai Renjer Hidupan Liar di bawah Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (BP3).
IPOH, 10 DIS: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak terpaksa menembak seekor harimau kumbang jantan yang menyerang kakitangan agensi terbabit di Kampung Kelatap, Pos Perwor di sini semalam.
SEREMBAN, 23 OKT: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan merampas 12 ekor pelbagai spesies tarantula (kumpulan labah-labah yang besar dan berbulu) hasil pemeriksaan penguatkuasaan ke atas sebuah premis di sini, pada 6 Okt lepas.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.