SHAH ALAM, 6 JAN: Seekor beruang matahari jantan berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Panchor Merah, Setiu, hari ini.
Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya mengambil tindakan segera selepas menerima aduan penduduk menggunakan hidupan liar itu pada 28 Disember lalu, lapor Harian Metro.
Katanya, pasukan Perhilitan Daerah Besut mengambil tindakan segera memasang satu perangkap dan beruang itu dipercayai memasuki perangkap pada awal pagi.
"Ia berada dalam keadaan baik serta stabil," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, beruang berkenaan juga sudah dilepaskan kembali ke habitat asal.
Sementara itu, penduduk kampung, Adli Ab Rahman, 66, berkata, mereka mengesan kemunculan beruang itu sejak akhir tahun lalu.
"Kami lega kerana akhirnya beruang itu berjaya ditangkap pagi tadi," katanya.


