KUALA LUMPUR, 23 SEPT: Helaian janggut yang disimpan dalam bekas khas adalah antara barang yang dirampas polis dalam serbuan Op Global fasa empat di sebuah rumah milik pengurusan tertinggi GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Rawang, Sabtu lalu.
KUALA LUMPUR, 23 SEPT: Sebanyak 153 akaun berkaitan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dibekukan membabitkan wang berjumlah RM882,795.94 setakat ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
PUTRAJAYA, 23 SEPT: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil alih aspek pendidikan bagi lebih 300 kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global mulai 1 Oktober ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
SELAYANG, 23 SEPT: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) terus memantau dan meningkatkan penguatkuasaan di rangkaian premis milik Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH).
SHAH ALAM, 23 SEPT: Tindakan tegas wajar dikenakan kepada kumpulan Global Ikhwan Services And Business Holding (GISBH), yang disyaki melakukan jenayah berat termasuk penindasan kanak-kanak.
SHAH ALAM, 22 SEPT: Sekolah Islam yang terlibat atau terkait dengan kumpulan Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) akan ditutup dan dibatalkan pendaftarannya.
KUALA LUMPUR, 22 SEPT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau sebarang kenyataan yang dikeluarkan individu atau pihak berkaitan di media sosial berhubung GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).
SHAH ALAM, 22 SEPT: Menggubah bentuk aktiviti ke bidang perniagaan menyebabkan kumpulan Global Ikhwan Services And Business Holding (GISBH) sukar dikesan di peringkat awal.
SHAH ALAM, 22 SEPT: Seramai 29 individu yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) direman antara satu hingga tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.
KUALA LUMPUR, 22 SEPT: Dakwaan yang mengaitkan pegawai kanan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kegiatan melindungi GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) adalah tidak benar dan berniat jahat.
SHAH ALAM, 22 SEPT: Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor akan membentang semua penelitian berhubung kegiatan Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) pada 30 September ini.
KUALA LUMPUR, 22 SEPT: Hasil rampasan Op Global fasa keempat oleh polis dan beberapa agensi lain termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh dijadikan bukti sokongan untuk menentukan status pegangan akidah pengikut kumpulan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISBH).
PUTRAJAYA, 22 SEPT: Isu berkaitan doktrin fahaman GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) akan dibincang oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang bersidang dari Selasa hingga Khamis ini.
KUALA LUMPUR, 22 SEPT: Penemuan ratusan buku dan risalah berkaitan ajaran Al-Arqam dalam serbuan dilakukan di premis berkaitan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di beberapa negeri semalam, menjadi satu lagi bukti penting bahawa organisasi itu dipercayai masih berkiblatkan ajaran yang pernah difatwakan sesat pada 1994 itu.
KUALA LUMPUR, 21 SEPT: Pihak berkuasa agama negeri sudah diarah bertindak segera berhubung isu Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH), kata Dato’ Menteri Besar.
KOTA BHARU, 21 SEPT: Polis Kelantan hari ini menyerbu tiga buah rumah yang dipercayai menjadi penempatan keluarga ketua pegawai eksekutif GISB Holdings (GISBH) di Kampung Panji, di sini.
SHAH ALAM, 21 SEPT: Puluhan individu dipercayai pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dari Pusat Perniagaan GISBH, Bandar Country Homes, Rawang, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
KUALA LUMPUR, 20 SEPT: Pembongkaran isu eksploitasi kanak-kanak dan agama dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang mengejutkan negara minggu lepas, sedikit sebanyak memberikan kesan kepada operasi perniagaan dijalankan oleh syarikat itu.
SHAH ALAM, 20 SEPT: Anak bekas pemimpin Al-Arqam disyaki ahli Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) antara tujuh ditahan di empat lokasi sekitar Pahang dan Kelantan, semalam.
KUALA LUMPUR, 19 SEPT: Penentuan nasab sebahagian kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) menerusi Op Global pada 11 Sept lepas adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Negeri.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.