KUALA LUMPUR, 3 APRIL: Individu perseorangan dan badan bukan kerajaan (NGO) dinasihatkan supaya merujuk terlebih dahulu dengan pengurus pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Putra Heights, Subang Jaya sebelum menghantar bantuan kepada mangsa yang berlindung di lokasi berkenaan.
SHAH ALAM, 2 APRIL: Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, kata EXCO pengurusan bencana.
SHAH ALAM, 28 MAC: Beberapa hari lagi menjelang Aidilfitri, peniaga diingatkan tidak menaikkan harga terutama 23 barang kawalan yang ditetapkan kerajaan.
SHAH ALAM, 28 MAC: Program ibadah korban sempena Aidiladha diteruskan tahun ini melibatkan peruntukan berjumlah RM6 juta, kata EXCO pertanian.
SHAH ALAM, 28 MAC: Julung kali diadakan, karnival Raya Vibes 2025 berlangsung tanpa henti selama 72 jam bermula malam tadi hingga Sabtu di parkir Stadium Shah Alam, dekat sini.
SHAH ALAM, 27 MAC: Kerajaan Negeri bersama Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan pelbagai program sepanjang Ramadan ini.
SHAH ALAM, 27 MAC: Aplikasi dibangunkan Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang bagi memudahkan pesakit mengurus janji temu termasuk pendaftaran kendiri akan dipromosi ke hospital lain.
SHAH ALAM, 26 MAC: Lebih 60,000 pembeli dijangka menerima manfaat penganjuran Jualan Mega Ehsan Aidilfitri yang berlangsung sembilan hari sehingga Sabtu ini.
SHAH ALAM, 26 MAC: Kerajaan Negeri berhasrat membina perpustakaan aeroangkasa sebagai usaha memupuk minat dan mencungkil bakat pelajar sekolah dalam bidang tersebut.
SHAH ALAM, 26 MAC: Kerajaan Selangor meneliti cadangan memperluas perkhidmatan van transit atas permintaan (DRT) ke serata negeri pada tahun ini.
SHAH ALAM, 26 MAC: Kerajaan Negeri akan menganjurkan lebih banyak program kerohanian dan keagamaan khusus untuk golongan belia sekali gus membentuk sahsiah generasi pelapis.
OLEH AIDA NYAN SHAH ALAM, 25 MAC: Telefilem terbitan Kerajaan Negeri berjudul 'Hanya Kita' yang bakal ditayangkan minggu ketiga Syawal ini menjanjikan kelainan dengan kisah yang lebih menyentuh emosi penonton. EXCO Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah berkata telefilem ketiga diterbitkan sempena...
SHAH ALAM, 24 MAC: Lebih 400 sekolah tahfiz yang beroperasi di negeri ini menyertai program permutihan 2.0 kendalian Persatuan Institusi Tahfiz Selangor (Pitas).
SHAH ALAM, 22 MAC : Usahawan di Selangor disaran meneroka teknologi baharu termasuk pendigitalan bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka.
SUBANG JAYA, 21 MAC: Kerajaan Negeri menanggung subsidi sebanyak RM376,000 untuk menjayakan program Jualan Mega Ehsan Aidilfitri selama sembilan hari di 25 lokasi pada tahun ini.
SEPANG, 21 MAC: Lebih 1,000 usahawan menerima manfaat pembiayaan khas RM3,000 melalui skim Platform Selangor (U-PLATS) sejak mula diperkenalkan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) tahun lalu.
SEPANG, 20 MAC: Seramai 60,726 usahawan sudah menerima manfaat Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) menerusi pembiayaan berjumlah RM858,068,500 sejak 2015 hingga Februari tahun ini.
SHAH ALAM, 20 MAC: Penganjuran majlis khatam al-Quran wanita Selangor yang memasuki tahun kelima seiring hasrat menjadikan negeri ini sebagai pusat keilmuwan dan pengajian Islam.
SUNGAI BULOH, 18 MAC: Sebanyak 5,500 bakul makanan berisi barang keperluan asas diagihkan kepada keluarga asnaf dan B40 Parlimen Sungai Buloh bagi membantu meringankan beban mereka sempena Ramadan dan Aidilfitri ini.
SHAH ALAM, 18 MAC: Kerajaan Negeri meneruskan penganjuran Festival Turath Islami Selangor pada 11 hingga 19 Julai depan bagi menyemarakkan lagi pengajian kitab Islam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.