GOMBAK, 9 NOV: Program Jelajah Ummah anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Malaysia (Mapim) di Sungai Tua di sini hari ini merapatkan hubungan pemimpin tempatan dengan komuniti setempat.
KOTA TINGGI, 9 NOV: Dua sahabat yang ditawarkan pekerjaan di kasino dengan gaji RM4,000 sebulan di Kemboja akhirnya menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di negara itu.
KUALA LUMPUR, 9 NOV: Sebanyak 3,200 pegawai perubatan, 350 pegawai pergigian dan 400 pegawai farmasi yang memohon lantikan kontrak (interim) di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dilantik secara tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada 21 Okt lepas.
TANAH MERAH, 9 NOV: Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa memantau situasi terkini melibatkan pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas melaksanakan misi pengaman MALBATT di Lubnan.
SHAH ALAM, 9 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir, angin kencang melanda Hulu Langat sehingga 5 petang ini.
SHAH ALAM, 9 NOV: Enam daerah di negeri ini iaitu Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 3 petang.
SHAH ALAM, 9 NOV: Belanjawan negeri Selangor 2025 akan dibentang Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari 15 November ini, jam 3 petang.
KUALA LUMPUR, 9 NOV: Malaysia menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tindakan segera, tegas dan bersepadu bagi memastikan keselamatan semua anggota pengaman PBB yang melaksanakan mandat majlis itu.
SHAH ALAM, 9 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir, angin kencang melanda Klang, Kuala Langat dan Sepang hingga 11 pagi ini.
KUALA LUMPUR, 8 NOV: Kesemua enam anggota Batalion Malaysia (Malbatt) yang cedera susulan insiden letupan yang berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan semalam, kini selamat berada di Kem Marakah bersama anggota lain.
SHAH ALAM, 8 NOV: Projek pembinaan serta menaik taraf Jalan Lingkaran Pulau Indah dan Pelabuhan Utara Klang di Selangor yang diumum menerusi Belanjawan 2025 dilihat sebagai pendekatan serampang dua mata yang mampu melonjakkan produktiviti industri berasaskan kargo dalam negara.
PUTRAJAYA, 8 NOV: Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil langkah proaktif dengan melakukan rondaan di kawasan sering berlaku (hotspot) bencana banjir dan tanah runtuh minimum lima kali seminggu sebagai persiapan menghadapi monsun timur laut (MTL).
PUTRAJAYA, 8 NOV: Bilangan penganggur pada bulan September 2024 terus menurun kepada 555,300 dengan kadar pengangguran 3.2 peratus, kata Statistik Tenaga Buruh September dan Suku Ketiga 2024 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
SHAH ALAM, 8 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak sehingga 9 malam ini.
IPOH, 8 NOV: Ibu bapa kepada kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) boleh bertanyakan keberadaan anak mereka menerusi semakan dengan pihak polis, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
PUTRAJAYA, 8 NOV: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Israel di Lubnan termasuk serangan terhadap konvoi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) yang turut mencederakan anggota pengaman Malaysia.
SUBANG JAYA, 8 NOV: Kerajaan Negeri tidak menolak kemungkinan membangunkan enakmen baharu bagi memperbaiki undang-undang berkaitan penjagaan kanak-kanak, warga emas dan golongan kurang upaya (OKU).
KUALA LUMPUR, 8 NOV: Cadangan melarang penggunaan media sosial bagi remaja berumur di bawah 16 tahun dilihat sebagai drastik namun perlu dalam usaha melindungi kesejahteraan generasi muda yang semakin terdedah kepada bahaya dunia digital.
PUTRAJAYA, 8 NOV: Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
SEPANG, 8 NOV: Seramai 2,600 usahawan menyertai platform e-dagang MyMall yang diperkenalkan dua tahun lalu, dengan merekodkan nilai jualan mencecah RM8.85 juta.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.