ad

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku kedua 2025

15 Ogos 2025, 4:58 AM
Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku kedua 2025

KUALA LUMPUR, 15 OGOS: Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.4 peratus pada suku kedua 2025 bersamaan pertumbuhan 4.4 peratus pada separuh pertama 2025, didorong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh.

Pada suku kedua 2024, ekonomi negara berkembang sebanyak 5.9 peratus.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata perbelanjaan isi rumah kekal mampan berikutan keadaan pasaran pekerja yang positif dan langkah-langkah dasar berkaitan pendapatan, termasuk semakan kenaikan gaji minimum dan gaji penjawat awam.

“Pelaburan swasta dan awam mencatatkan pengembangan lebih kukuh, disokong oleh pelaksanaan projek baharu dan sedia ada.

“Dalam sektor luaran, pertumbuhan eksport lebih perlahan disebabkan terutamanya oleh eksport berkaitan komoditi yang lebih rendah. Keadaan ini sebahagiannya diimbangi oleh eksport elektrik dan elektronik (E&E) yang lebih teguh dan aktiviti pelancongan yang lebih giat,” kata beliau ketika mengumumkan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2025 di sini hari ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.