KUALA LUMPUR, 10 NOV: Malaysia menghargai usaha Mesir menyokong penyertaan negara sebagai rakan kerjasama dalam BRICS, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR, 10 NOV: Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) melalui Rapid KL hari ini melancarkan pas MyTourist yang direka khas untuk memudahkan pelancong domestik dan antarabangsa menikmati pengangkutan awam di ibu kota.
KAHERAH, 10 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Istana Istana Al-Ittihadiya, sempena lawatan rasminya ke Mesir.
KUANTAN, 10 NOV: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor lembu melintas jalan di Kilometer 10 Jalan Kuantan-Chini, di sini malam tadi.
GEORGE TOWN, 10 NOV: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dalam Kurikulum Persekolahan 2027 bagi menangani isu kehamilan melibatkan remaja yang semakin meningkat di negara ini.
SHAH ALAM, 10 NOV: Program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di empat lokasi, esok.
KUCHING, 10 NOV: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menyuarakan kebimbangan mengenai isu kehamilan remaja, perkahwinan bawah umur, pembuangan bayi dan pengguguran tidak selamat di negara ini.
KUALA TERENGGANU, 10 NOV: Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menyarankan Kerajaan Negeri Terengganu atau entiti berkaitan supaya mendaftarkan produk makanan ikan celup tepung atau dikenali sebagai ICT sebagai harta intelek milik negeri berkenaan.
SHAH ALAM, 10 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 6 petang.
SHAH ALAM, 10 NOV: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata polis sudah mengenal pasti pemandu lori yang dipercayai melanggar mati harimau belang yang bangkainya ditemukan dengan sebahagian anggota badan hilang dipercayai dicuri.
PUTRAJAYA, 10 NOV: Malaysia mengutuk serangan pengganas bunuh diri di Quetta, wilayah Balochistan, Pakistan semalam yang mengakibatkan kematian dan kecederaan orang awam.
PONTIAN, 10 NOV: Pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) bagi jajaran Banting ke Gelang Patah dijangka memacu perubahan pembangunan kawasan terlibat, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Ahmad Maslan.
KUALA LUMPUR, 10 NOV: Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Tun Razak dalam keadaan terbaik dan berupaya beroperasi dengan berkesan.
GOMBAK, 10 NOV: Sekretariat Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor dibentuk bagi memperkukuh kerjasama Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN).
SHAH ALAM, 10 NOV: Lapan daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 10 pagi.
KUALA LUMPUR, 9 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan syarahan umum di Universiti Al-Azhar Al-Sharif di Kaherah, Mesir pada Ahad, menekankan usaha pemerkasaan umat Islam melalui teknologi, kemasyarakatan dan ekonomi.
TUMPAT, 9 NOV: Sebanyak 900 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan akan ditugaskan sepanjang musim Monsun Timur Laut di negeri ini.
IPOH, 9 NOV: Seekor harimau belang ditemukan mati dipercayai digilis lori di KM67.1 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa, di sini hari ini.
GOMBAK, 9 NOV: Program Jelajah Ummah anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Malaysia (Mapim) di Sungai Tua di sini hari ini merapatkan hubungan pemimpin tempatan dengan komuniti setempat.
KOTA TINGGI, 9 NOV: Dua sahabat yang ditawarkan pekerjaan di kasino dengan gaji RM4,000 sebulan di Kemboja akhirnya menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di negara itu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.