KUALA LUMPUR, 22 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada ibu tunggal, Melah Idris, 63, yang hidup serba daif serta menghidap pelbagai masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi.
KUALA LUMPUR, 22 JUN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 48 warga asing dalam serbuan ke atas sebuah kilang pelupusan sisa elektronik (e-waste) haram di Pulau Indah, Klang dan beberapa kawasan perumahan mewah sekitar Lembah Klang pada Khamis.
Oleh RAFIQAH RAUF SHAH ALAM, 22 JUN: Media memainkan peranan sangat penting dalam menetapkan naratif serta membentuk persepsi awam, khususnya berkaitan pelarian dalam memupuk pandangan positif. Pegawai Program (Program Tindakan Pelarian) Tenaganita berkata media harus menonjolkan kisah...
KUALA LUMPUR, 22 JUN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa Ketua Polis Negara yang baharu Datuk Seri Mohd Khalid Ismail tidak pernah menjadi ahli mahupun memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik.
KUALA LUMPUR, 22 JUN: Pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu mulai 1 Julai ini disifatkan sebagai antara bukti komitmen kerajaan melaksanakan reformasi besar dalam sektor tenaga negara, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
SHAH ALAM, 22 JUN: Kerajaan Negeri menawarkan lima insentif untuk merancakkan projek Taman Aero Selangor (SAP) di Wilayah Pembangunan Bersepadu di Selangor Selatan (IDRISS).
MELAKA, 22 JUN: Dua sekawan maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok yang terletak di pembahagi jalan di Jalan Persisiran Pantai Klebang, di sini hari ini.
SHAH ALAM, 22 JUN: Seorang pemandu dan dua penumpang sebuah bas persiaran cedera apabila kenderaan itu terbabas lalu merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 12 Jalan Genting-Bentong di sini, malam tadi.
BUTTERWORTH, 21 JUN: Data Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan sebanyak 559 individu atau 0.5 peratus yang ditahan kerana penyalahgunaan dadah bagi suku pertama tahun ini berkelulusan ijazah sarjana muda, sarjana atau Doktor Falsafah (PhD).
KUALA LUMPUR, 21 JUN: Mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang diadakan hari ini memutuskan untuk melantik semula Datuk Dr Fuziah Salleh sebagai Setiausaha Agung KEADILAN.
BUTTERWORTH, 21 JUN: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menjangkakan permintaan rakyat Malaysia, termasuk golongan belia, untuk menyertai perkhidmatan awam kekal tinggi, dengan jumlah permohonan dijangka mencecah sehingga 1.3 juta tahun ini.
KUANTAN, 21 JUN: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersedia memberi bantuan penempatan pendidikan kepada semua pelajar Malaysia di Iran sekiranya mereka memutuskan untuk pulang ke tanah air.
BUKIT MERTAJAM, 21 JUN: Dua remaja lelaki yang sesat ketika melakukan aktiviti mendaki Bukit Cherok Tok Kun di sini hari ini, berjaya diselamatkan selepas menghantar lokasi keberadaan mereka melalui aplikasi WhatsApp.
KUALA LUMPUR, 21 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seorang ibu tunggal Azizah Mahmood yang menghidap kanser usus, di Kampung Tebing Tinggi, Balok, Kuantan.
SHAH ALAM, 21 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda daerah Hulu Langat di Selangor hingga 9 malam ini.
SHAH ALAM, 21 JUN: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak pengendali Sinar Harian membuka siasatan dalaman berhubung kesilapan maklumat profil berkaitan Ketua Polis Negara baharu Datuk Seri Mohd Khalid Ismail yang mengaitkannya sebagai anggota parti itu.
KUALA LUMPUR, 21 JUN: Tahap kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sangat baik, menurut Pengarah Hospital Sultan Idris Shah, Serdang Dr Farique Rizal Abdul Hamid.
SHAH ALAM, 20 JUN: Pemain industri rokok elektronik atau vape mencadangkan penubuhan Majlis Pemantauan Vape Malaysia bagi menangani isu penyalahgunaan peranti itu dalam kalangan belia termasuk pelajar sekolah.
SHAH ALAM, 21 JUN: Keupayaan Selangor menawarkan bakat mahir dan infrastruktur bertaraf dunia menjadikan negeri ini destinasi pelaburan syarikat antarabangsa.
SEPANG, 21 JUN: Perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan disambung semula pada jam 10 pagi, 1 Julai ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.