Trafik lancar ke Lembah Klang, kesesakan dijangka meningkat tengah hari ini

23 Mac 2026, 2:27 AM
Trafik lancar ke Lembah Klang, kesesakan dijangka meningkat tengah hari ini

KUALA LUMPUR, 23 MAC: Trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang bergerak lancar dan terkawal pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata pihaknya menjangkakan pertambahan trafik bermula tengah hari ini susulan orang ramai mula pulang selepas meraikan Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.

"Hanya berlaku sedikit kesesakan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dari Bidor ke Tapah," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata pihak PLUS juga telah mengaktifkan “Smart Lane” di 30 lokasi mulai 7 pagi tadi sehingga 11 malam ini bagi membantu kelancaran aliran trafik.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan pihak konsesi, selain memastikan mendapat rehat mencukupi sebelum memulakan pemanduan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 atau paparan kamera litar tertutup (CCTV) trafik di laman web rasmi agensi berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.