Penyelam dikhuatiri hilang di Pulau Tenggol

22 Mac 2026, 2:35 PM
Penyelam dikhuatiri hilang di Pulau Tenggol

DUNGUN, 22 MAC: Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat penyelam yang dikhuatiri hilang di perairan Pulau Tenggol dekat sini, Jumaat lepas.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan operasi pencarian ditumpukan di sekitar lokasi terakhir Tam Peng Hoong, 66, dilaporkan hilang dan kawasan perairan berhampiran.

“Operasi mengesan mangsa ditangguhkan pada lewat petang berikutan keadaan semasa dan akan disambung esok,” menurut kenyataan itu.

APMM memaklumkan operasi pencarian melibatkan pelbagai agensi termasuk APMM melalui aset bot peronda Perkasa 49 dengan lima kru dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi bot peronda PSC 25 melibatkan empat anggota.

Operasi turut dibantu komuniti penyelam tempatan membabitkan Tenggol Coral Beach Resort dengan 15 penyelam dan masing-masing enam penyelam daripada Tenggol Dive Buddy Dungun dan Ocean Dream Dungun.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.